Anggota kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK, Lisa bakal muncul dengan debut solonya tidak lama lagi.

Menerusi laporan eksklusif OSEN, Lisa akan memulakan penggambaran muzik video minggu ini dan lagu tersebut dijangka keluar pada musim panas tahun ini.

Bagaimanapun, agensinya iaitu YG Entertainment masih belum mendedahkan maklumat lanjut mengenai perkara ini.

Sebelum ini, YG Entertainment telah mengesahkan bahawa anggota BLACKPINK akan melancarkan lagu solo mengikut urutan iaitu Rose, Lisa, dan Jisoo berikutan pelancaran album penuh pertama mereka berjudul The Album pada Oktober 2020.

Jennie pula merupakan anggota pertama yang membuat debut solo dengan lagu berjudul Solo pada tahun 2018 manakala Rose telah melancarkan album single solo pertamanya iaitu R, dengan lagu berjudul On The Ground dan juga B side track iaitu Gone pada Mac lalu.

Dalam perkembangan lain, BLACKPINK akan muncul dengan filem, PROJEK 4 + 1 sempena sebahagian daripada projek ulang tahun kelima pada Ogos depan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Soompi / Allkpop