Pelakon drama fenomena Squid Game, Jung Ho Yeon terkejut apabila mendapati aktres Hollywood, Zendaya mengikutinya di akaun Instagram.

Menurut Ho Yeon, dia sendiri tidak menyangka begitu ramai selebriti yang diminatinya juga turut menonton Squid Game.

“Sesungguhnya saya sendiri terkejut, tak sangka ramai orang yang saya minat dan respek turut menonton Squid Game.

“Saya menyiarkan (repost) semula siaran asal The Weeknd dan agak menarik apabila dia kemudiannya menyiarkan kembali siaran tersebut.

“Yang paling saya kagum adalah Zendaya. Terkejut tak sangka dia pun mengikuti saya di Instagram.” kongsinya.

Sebelum ini Ho Yeon yang memainkan karakter Kang Sae Byeok hanya memiliki sekitar 400,000, bagaimanapun selepas munculnya Squid Game, pengikut Instagramnya kini mencecah sehingga 23.1 juta.

Pencapaian tersebut membuatkan bintang berusia 27 tahun ini menjatuhkan aktres Descendants of The Sun, Song Hye Kyo yang sebelum ini duduk di posisi pertama dengan sekitar 12.2 juta pengikut.

Kepada yang belum menonton jangan lupa saksikan Squid Game secara eksklusif di Netflix

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Soompi

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!