Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#GempakSpot: Dianggarkan 60% Rakyat Malaysia Mengalami Masalah Resdung"

Gempak Spot
31/08/2020 01:00 MYT
Baca perkongsian Dr Nimelesh tentang masalah resdung yang dihadapi kebanyakan rakyat Malaysia melalui akaun Twitternya @HausofHilton, simptom resdung, serta tips untuk mengawal masalah resdung yang anda hadapi.

Dianggar sebanyak 60% rakyat Malaysia mengalami masalah resdung. Tapi ramai tak nak ke klinik sebab anggap ia hanyalah selsema biasa.

Simptom-simptom resdung boleh dikawal dengan ubat yang Betul. Bukan sekadar ambil ubat biji setiap malam. Sebab itu penting untuk anda berjumpa doktor.

Simptom-simptom Resdung:

- Hidung tersumbat
- Batuk
- Sakit kepala atau muka
- Jerawat pada muka
- Selsema berpanjangan
- Hidung berbau busuk
- Demam
- Letih dan lesu
- Hilang deria rasa dan bau
- Batuk teruk pada waktu malam

Ia boleh disebabkan oleh virus, bakteria, kulat, alahan, iritasi kimia, ketumbuhan dalam hidung (polyp).

Biar kami tolong anda kenal pasti apa yang trigger resdung anda. Resdung ini sangat menganggu hidup kita, terutamanya pada waktu pagi.

Sekiranya anda ada masalah resdung, pergi la ke Klinik Kesihatan.

Tips untuk kawal resdung:

- Elak memelihara binatang berbulu.
- Jangan guna sarung bantal, cadar dan selimut diperbuat daripada bulu binatang.
- Bersihkan permaidani dengan penyedut hampa gas.
- Pakai penutup hidung ketika mengemas rumah.
- Minum banyak air.

Jumpalah dengan doktor keluarga anda (GP / Doktor di Klinik Kesihatan). Mereka boleh tolong rujuk anda ke pakar ENT sekiranya perlu.

Saya pun ada resdung yang teruk sebelum ni. Sekarang dah berjaya kawal. 3-4 bulan symptom free dan ia akan muncul sekali sekala saja.

Kredit Gambar: Twitter @HausofHilton

Perkongsian ini dikongsi oleh Dr Nimelesh yang menggunakan akaun Twitter @HausofHilton dan mendapat lebih 1,500 Retweet dan lebih 2,000 Likes. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot

#GempakSpot #Simptom #Kawal #Resdung
;