Skip to main content

Selebriti

A. Aida Sudah Sedarkan Diri, Anak Mohon Doa Yang Baik-Baik - “Belum Boleh Melawat, Takut Risiko Jangkitan Kuman…”

A. Aida Sudah Sedarkan Diri, Anak Mohon Doa Yang Baik-Baik

Anak kepada penerbit terkenal, Datuk A. Aida, iaitu Azeva Natassha memaklumkan bahawa ibunya kini sudah sedarkan diri selepas menerima rawatan di hospital sejak beberapa hari lalu.

Perkhabaran tersebut dikongsi Azeva menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

Advertisement

“Alhamdulillah, mama dah sedarkan diri, cuma kena selalu dipantau dan mash belum boleh dipindahkan ke wad biasa,” maklumnya.

Bagaimanapun kata Azeva lagi, buat masa ini, pihak hospital tidak membenarkan sebarang lawatan bagi mengelakkan risiko jangkitan terhadap ibunya yang masih berada dalam keadaan lemah.

“Kepada  kawan kawan mama, mintak maaf, tapi memang doktor tak kasi orang luar untuk melawat mama buat masa sekarang, sebab takut jangkitan kuman dan tak nak ambil apa apa risiko.

“Saya ingin memohon jasa baik semua untuk terus mendoakan agar mama sembuh sepenuhnya. Terima kasih atas doa dan sokongan anda semua,” tulisnya.

Terdahulu, A. Aida dilaporkan rebah selepas menjalani rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, sahabatnya itu difahamkan baru menjalani pembedahan lutut pada Selasa lalu dan berada dalam keadaan normal, namun tiba-tiba rebah selepas menjalani rawatan.

 

Must-Watch Video

Advertisement