Skip to main content

Berita Tempatan

Aidilfitri Tanpa Ibu, Scha Alyahya Akui Masih Rasa Kehilangan - "Saya Masih Dalam Proses..."

Astro Gempak scha raya

Sekilas

  • Scha Alyahya mengakui Aidilfitri tahun ini masih terasa berbeza kerana ini tahun kedua tanpa kehadiran ibu tersayang.
  • Dia berkongsi bagaimana momen harian seperti memasak laksa mengingatkannya kepada arwah ibu dan proses menyesuaikan diri dengan kehilangan itu.
  • Anak-anak Scha mula bertanya tentang nenek mereka, dan dia berusaha mengawal emosi demi menghargai masa bersama keluarga.

Pelakon terkenal, Scha Alyahya, mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini masih terasa berbeza apabila ia merupakan tahun kedua tanpa kehadiran ibu tersayang.

Menurut Scha, kehilangan tersebut masih belum benar-benar dapat diterima sepenuhnya meskipun masa terus berlalu.

“Untuk tahun ini juga, suasana raya agak berbeza kerana ini tahun kedua tanpa ibu saya. Bukan sedikit perbezaannya. Saya masih lagi dalam proses untuk menyesuaikan diri,” katanya.

Scha berkata, momen-momen kecil dalam kehidupan harian sering mengingatkannya kepada arwah ibunya, terutama perkara yang sebelum ini menjadi rutin.

“Kadang-kadang apabila teringat dia, saya akan cuba simpan perasaan itu dulu. Contohnya bila nak masak laksa dan tiba-tiba lupa bahan, dulu saya boleh telefon dia untuk tanya. Sekarang dah tak boleh.

“Saya akan kata pada diri, ‘Tak apa, nanti baru layan perasaan ini.’ Biasanya saya ambil masa sendiri untuk melepaskan perasaan supaya orang sekeliling tidak rasa kekok,” jelasnya.

Tambahnya, pengalaman rakan-rakan yang turut kehilangan ibu membuatkan dia memahami bahawa rasa kosong itu mungkin tidak akan hilang sepenuhnya.

“Ramai kawan-kawan yang sudah lima atau enam tahun kehilangan ibu pun kata perasaan kosong itu masih ada dan tidak boleh digantikan dengan apa-apa. Ia satu proses yang perlu diterima sepanjang hidup,” katanya.

Dalam pada itu, Scha turut berkongsi detik menyentuh hati apabila anak-anaknya mula bertanya tentang arwah nenek mereka.

“Kadang-kadang anak saya akan tanya, rindu tak pada ibu? atau ‘Do you miss Mak Tok?’ Kalau dia nampak rama-rama, dia akan tanya, ‘Is that Mak Tok?’ Ada juga dia tanya, ‘Mummy pergi kubur ke tadi ?’

“Soalan-soalan polos itu kadang-kadang membuatkan hati saya terusik, namun saya cuba mengawal emosi di hadapan anak-anak.

“Saya cuba untuk tidak terlalu dramatik di depan mereka. Bukan sebab nak elak, tetapi saya mahu menghargai masa sekarang supaya kita semua boleh terus bergerak ke hadapan bersama-sama,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Must-Watch Video

Advertisement