Skip to main content

Hiburan

Aksi Mierul Aiman & Amir Ahnaf Melutut, Cium Tangan Bront Palarae Undang Tanda Tanya Netizen

Astro Gempak 286

Sekilas

  • Video menunjukkan Mierul Aiman dan Amir Ahnaf melutut serta mencium tangan Bront Palarae menarik perhatian netizen di TikTok.
  • Aksi tersebut mendapat pelbagai reaksi, termasuk perbandingan dengan filem aksi popular dan gaya 'Godfather' Bront.
  • Filem aksi tempatan TARUNG: Unforgiven yang menampilkan Bront dan barisan pelakon hebat lain baru sahaja diperkenalkan secara rasmi di MITEC.
Advertisement

Sebuah video memaparkan pelakon Mierul Aiman dan Amir Ahnaf melutut serta mencium tangan pelakon senior Bront Palarae mencuri perhatian ramai dalam media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok, Bront dilihat duduk di atas sebuah kerusi menyerupai takhta sambil mengenakan sut lengkap.

Advertisement

Tidak lama kemudian, Mierul Aiman tampil melutut di hadapan pelakon tersebut sebelum mencium tangannya, diikuti Amir Ahnaf yang turut melakukan perkara sama.

 

@alpha47films Tarung: Unforgiven, Di Pawagam 7 Mei 2026 Dari Pengarah @razaisyamrashid #TarungUnforgiven #Alpha47 #IconPictures #AstroShaw ♬ The Godfather / Theme - Various Artists

 Aksi tersebut sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen yang tertanya-tanya mengenai situasi sebenar di sebalik rakaman berkenaan.

 

Menjengah ke ruangan komen, ada yang berseloroh mengaitkan babak tersebut seperti adegan dalam filem aksi popular.

“Ayahanda ke ini?

“Biasa dengan ayah tiga line salam macam ini… dengan ayah sendiri tak pula,” seloroh seorang lagi netizen.

Selain itu, ada juga yang menyamakan gaya Bront dengan watak dalam filem terkenal.

“Wow macam Kingsman,” komen seorang pengguna.

“Godfather… memang style Bront. Kalau Bront memang layaklah kerusi itu,” tulis seorang lagi netizen.

Sebelum ini, barisan pelakon utama filem aksi tempatan TARUNG: Unforgiven diperkenalkan secara rasmi kepada umum dalam sebuah acara khas yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) di sini semalam.

Filem arahan Razaisyam Rashid dan menyaksikan  Aedy Ashraf sebagai penerbit eksekutif itu dijangka menjadi antara karya paling dinantikan tahun ini apabila menghimpunkan barisan pelakon hebat tanah air.

Antara pelakon yang membintangi filem tersebut ialah Bront Palarae, Zul Ariffin, Aedy Ashraf, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel dan Theebaan G.

Anda mungkin berminat dengan

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Must Watch Video

Advertisement