Skip to main content

Filem

‘Along Alid’ Okay Libang Libu Kena Kritik: “Itu Hak Masing-Masing”

Astro Gempak beto libang

Sekilas

  • Beto Kusyairy terbuka dengan pelbagai reaksi penonton terhadap filem komedi terbaharunya, Libang Libu, dan menegaskan penonton bebas memberi kritikan.
  • Beliau mengajak penonton menonton dengan hati terbuka supaya dapat menikmati mesej dan emosi yang disampaikan dalam filem tersebut.
  • Libang Libu menggunakan loghat Perak sebagai identiti utama dan mengangkat tema pertembungan budaya serta gaya hidup dalam masyarakat Malaysia.

Pelakon Beto Kusyairy terbuka menerima pelbagai reaksi penonton terhadap filem komedi terbaharu lakonannya, Libang Libu, termasuk segelintir yang menonton dengan tujuan mencari kelemahan.

Memegang watak Along Alid,  Beto menjelaskan kuasa mengkritik atau memberi respons bukan berada dalam kawalannya. Sebagai aktor, beliau telah menjalankan tanggungjawab menyampaikan mesej penceritaan yang dibawa dan terpulang bagaimana penonton menilai sesebuah naskhah yang dipersembahkan.

“Saya tak ada masalah kalau ada yang nak cari salah, itu hak masing-masing. Tapi pada saya, rugilah kalau kita tengok sesuatu karya semata-mata untuk cari kekurangan,” kata Beto sewaktu ditemui di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Aktor berusia 46 tahun itu juga menyifatkan peminat yang datang dengan jangkaan tertentu seperti mencari kecelaan, ia telah menutup ruang untuk menikmati naskhah yang dihidangkan.

“Bila kita datang dengan niat nak cari apa yang tak kena, kita sebenarnya dah tutup ruang untuk menikmati cerita itu. Mungkin kita dah baca komen yang kata filem ini sangat kelakar atau dapat rating tinggi, jadi kita datang dengan jangkaan yang besar.

“Bila apa yang kita tengok tak sama dengan jangkaan, kita mula fokus pada kelemahan. Memang susah nak enjoy kalau datang dengan mindset macam tu,” jelasnya.

Dalam masa sama, Beto percaya pengalaman menonton akan lebih bermakna jika penonton hadir dengan sikap lebih santai dan terbuka.

“Kalau kita tengok dengan hati yang lebih terbuka, nak enjoy dan hayati cerita, kita akan nampak perkara yang lebih halus. Ada emosi dan perincian yang cuba disampaikan dalam setiap babak,” ujarnya.

Beto turut menjelaskan Libang Libu bukan sekadar filem komedi ringan, sebaliknya membawa sentuhan emosi yang diharapkan dapat menyentuh hati penonton.

“Kita bukan nak bagi mesej yang berat sangat, tapi kita harap ada rasa ‘terjentik’ dalam diri penonton. Mungkin lepas tengok, dia mula sedar sesuatu tentang diri sendiri, seperti cara kita menilai orang lain.

“Itu antara rasa yang kita harap penonton boleh bawa keluar dari pawagam,” katanya.

Dalam pada itu, Beto menegaskan mereka tidak pernah memaksa penonton untuk menerima sepenuhnya apa yang cuba disampaikan.

“Kami hanya sampaikan apa yang kami buat. Kalau penonton boleh terima, Alhamdulillah,” katanya.

Libang Libu yang kini hangat ditayangkan di pawagam tampil dengan keunikan tersendiri apabila menggunakan loghat Perak sebagai identiti utama, sekali gus memberi warna berbeza dalam landskap filem komedi tempatan.

Diterbitkan oleh Tangerine Films Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Bobby Husaini, Libang Libu membawa penonton menyelami kisah sebuah produksi filem bukan Melayu yang menjalankan penggambaran di sebuah kampung Melayu di Perak.

Pertembungan budaya, agama dan gaya hidup menjadi nadi utama penceritaan, disulami dengan elemen komedi dan drama yang dekat dengan realiti masyarakat Malaysia.

Menampilkan barisan pelakon mantap seperti Amerul Affendi, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Zahiril Adzim, Ozlynn Wati, Fikry Ibrahim, Sabri Yunus, Khir Rahman, Azhan Rani dan ramai lagi, filem ini turut diserikan dengan penampilan khas Datuk Yusof Haslam, Bront Palarae dan Nadiya Nisaa.

Anda mungkin berminat dengan

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

《Mega Deal》Cartoon Animal Insulated Lunch Bag Reusable Lunch Box Bag Thermal Bag Suitable For Adults Children

《Mega Deal》Cartoon Animal Insulated Lunch Bag Reusable Lunch Box Bag Thermal Bag Suitable For Adults Children

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

Must-Watch Video

Advertisement