Skip to main content

Hiburan

AME 2025 Ditangguhkan, Proses Undian Tidak Terjejas

AME TUNDA

Acara berprestij, Anugerah MeleTOP ERA 2025 (AME2025) yang dijadualkan berlangsung pada 12 Oktober 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil telah ditangguhkan ke satu tarikh baharu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, pihak MeleTOP berkata penangguhan tersebut dibuat atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.

Advertisement

“Kami memohon maaf kepada semua peminat, artis, rakan kerjasama dan warga industri atas segala kesulitan yang dihadapi.

“Untuk makluman, penangguhan ini tidak akan menjejaskan proses pengundian dan keputusan yang telah dijalankan sepanjang tempoh sebelum ini,” menurut kenyataan itu.

Dalam masa sama, pihak penganjur turut menghargai sokongan dan kesabaran yang ditunjukkan peminat serta orang ramai terhadap acara tahunan itu.

“Kami amat menghargai sokongan serta kesabaran anda semua. Segala perkembangan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” tambah kenyataan itu lagi.

Pihak MeleTOP memberi jaminan bahawa peminat akan terus dimaklumkan mengenai tarikh baharu penganjuran dalam masa terdekat.

Must-Watch Video

Advertisement