Skip to main content

Hiburan

Amir Masdi Jelas Spekulasi Hubungan dengan SOG : “Ada Dua Insiden Orang Bercakap…”

Amir Masdi Jelas Spekulasi Hubungan dengan SOG : “Ada Dua Insiden Orang Bercakap…”

Sekilas

  • Amir Masdi menafikan sebarang masalah dengan kugiran Sekumpulan Orang Gila (SOG) selepas insiden mereka terlupa menyebut namanya di Anugerah Industri Muzik ke-25.
  • Amir menjelaskan dia tidak naik ke pentas kerana sedang bersiap untuk persembahan lain, namun tetap meraikan kejayaan SOG di belakang pentas.
  • SOG telah memohon maaf kepada Amir atas kelalaian tersebut dan kedua-dua pihak menegaskan hubungan mereka baik tanpa sebarang isu.
Advertisement

Penyanyi Amir Masdi dengan tentang menjawab spekulasi hubungan tidak akrab antaranya dengan kugiran Sekumpulan Orang Gila (SOG) yang menjadi buah mulut usai majlis Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25).

Spekulasi mengenai hubungan kurang baik Amir, 30, dengan SOG bermula selepas kugiran itu didakwa terlupa menyebut nama Amir elepas dinobatkan sebagai pemenang kategori Kugiran Terbaik AIM25 pada malam berprestij tersebut.

Advertisement

Selain itu, kisah Amir tidak naik ke pentas bersama SOG untuk merayakan kejayaan tersebut kerana kolaborasi dalam lagu duet Mahkota turut menjadi perhatian.

Menjawab spekulasi tentang hubungan baiknya bersama SOG, Amir menegaskan mereka tidak mempunyai masalah.

“Ada dua insiden dengan SOG yang orang salah faham. Satu, saya tidak naik ke atas pentas. Satu lagi SOG terlupa nak sebut nama saya.

Advertisement

“Sejujurnya pada saya tidak ada masalah langsung. Pertama, saya tidak naik ke pentas kerana sedang bersiap untuk membuat persembahan bersama Azlan dan Akim.

“Tapi di belakang pentas, saya tetap raikan mereka.  Maka sebenarnya apabila mereka terlupa sebut (nama Amir),  saya secara peribadi tiada sebarang isu atau apa-apa masalah langsung.

“Malah Abang dan Adik juga hubungi saya minta maaf kerana terlupa menyebut nama saya kerana terlalu teruja. Saya dan SOG tiada masalah,” jelas Amir Masdi.

Ditemui sempena majlis pengumuman persembahan eksklusifnya, Amir Masdi AM:PM Showcase, di KLCC, penyanyi itu juga mengatakan lebih menitik beratkan kategori yang dimenangi SOG, bukan tentang namanya terlupa disebut sebagai penghargaan.

“Pada saya anugerah itu adalah tentang mereka ; kategori kugiran, jadi memang lebih kepada mereka. Saya sebagai rakan kolaborasi lagu Mahkota pula berbangga kerana diberi peluang untuk menambah ‘kehebatan’ pada lagu yang akhirnya memenangi kategori tersebut,” jelasnya lagi.

Sebelum ini SOG juga telah menjelaskan sebab mereka terlupa menyebut nama Amir selepas diumumkan sebagai pemenang kategori anugerah berprestij tersebut kerana terlalu teruja.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement