Skip to main content

Hiburan

Asyalliee Ahmad Mohon Maaf Isu Gurauan ‘Ketiak Hitam Malam Pertama’ - “Saya Terlepas Sebab Nak In Character”

vddf

Sekilas

  • Asyaliee Ahmad memohon maaf secara terbuka selepas video gurauan mengenai isu ketiak hitam pada malam pertama tular dan menerima kecaman netizen.
  • Permohonan maaf dibuat di aplikasi Threads, di mana Asyaliee mengakui gurauannya melampaui batas dan berjanji untuk belajar dari kesilapan.
  • Klip siaran langsung tersebut mencetuskan pelbagai reaksi negatif, menyebabkan Asyaliee berjanji akan lebih berhati-hati dalam kandungan masa depan.

Personaliti media sosial, Asyalliee Ahmad tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kecaman hebat netizen selepas tular video gurauan berhubung isu ketiak hitam pada malam pertama ketika mengulas produk kecantikan dalam satu sesi siaran langsung baru-baru ini.

Permohonan maaf itu dibuat menerusi hantaran di aplikasi Threads selepas sedar kenyataannya dianggap tidak sensitif dan melampaui batas.

“Saya sedar gurauan saya itu melampaui batas dan tak patut bertanya soalan macam itu. Saya bukan manusia yang sempurna yang tak lari daripada buat kesilapan.

“Saya sentiasa mencuba untuk menjaga imej yang baik, tapi kadang-kadang saya terlepas kerana mahu in character. Jika ada yang kecewa dengan tindakan saya, saya minta maaf.

“Insya-Allah saya akan belajar daripada kesilapan ini dan tidak akan berulang lagi. Terima kasih kepada yang memberi saya nasihat yang baik-baik, saya hargai sangat. Saya minta maaf ya semua,” tulisnya.

dfvf

Bagaimanapun, status ini telah pun dipadam.

Terdahulu, Asyalliee menerima kecaman ramai selepas tular sepotong klip siaran langsung memaparkan dirinya mengulas mengenai isu tersebut ketika bersiaran bersama pempengaruh, Ikhmal Nour.

Klip berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan gurauan itu sebagai keterlaluan dan tidak sesuai dibincangkan secara terbuka, malah turut mengaitkan nama pempengaruh, Harszan. 

Susulan kontroversi tersebut, Asyalliee mengambil pendekatan memohon maaf serta berjanji untuk lebih berhati-hati dalam menghasilkan kandungan pada masa akan datang.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

Must-Watch Video

Advertisement