Sekilas
- Pelakon Daler Yusuf akan menunaikan ibadah umrah bersama isteri, Sakinah Burikul, pada tahun 2026.
- Beliau meluahkan rasa syukur dan memohon doa agar urusan perjalanan mereka dipermudahkan serta ibadah diterima.
- Netizen memberikan ucapan tahniah dan mendoakan agar ibadah umrah Daler dan isteri berjalan lancar dan diberkati.
Pelakon, Daler Yusuf berkongsi berita gembira apabila bakal menunaikan ibadah umrah bersama isterinya, Sakinah Burikul pada tahun hadapan.
Menerusi ciapan di Threads, pelakon drama Tuan Anas Mikael ini meluahkan rasa syukur kerana impiannya dan isteri untuk menunaikan ibadah umrah telah menjadi kenyataan.
Daler turut memohon doa orang ramai agar segala urusan mereka untuk ke Tanah Suci Makkah dipermudah.
“Insya-Allah, tahun 2026 bakal menjadi tahun kami akhirnya menunaikan umrah buat pertama kali.
“Ia adalah impian yang telah lama kami simpan di dalam hati. Mohon doakan agar segala urusan perjalanan kami dipermudahkan, ibadah kami diterima dan perjalanan ini sentiasa berada dalam keberkatan Allah SWT,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar segala urusan Daler dan isteri dipermudah dan dikurniakan ibadah umrah yang mabrur.
Sumber: Threads Daler Yusuf