Skip to main content

Hiburan

Belum Ada Rezeki Fasha Sandha Nak Tambah Zuriat, Mahu Keras Keras Untuk 2026 - “Sabar Ya, 2027 InsyaAllah Kita Cuti”

ASTROGEMPAK Fasha Sandha

Sekilas

  • Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz, masih belum merancang untuk menambah cahaya mata dan memilih untuk fokus pada kerjaya terlebih dahulu.
  • Fasha berharap tahun 2027 menjadi masa yang sesuai untuk menambah ahli keluarga selepas mereka bekerja keras pada 2026.
  • Fasha dan Aidil dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aisha Amaira, manakala Fasha juga mempunyai dua anak dari perkahwinan terdahulu.

Pelakon Fasha Sandha memberitahu hasratnya untuk menambah cahaya mata baharu masih belum dimakbulkan buat masa ini.

 

Menurut Fasha, dia dan suami reda dengan ketentuan rezeki serta memilih untuk memberi fokus kepada kerjaya terlebih dahulu sebelum merancang kehamilan seterusnya.

 

“Allah belum bagi rezeki untuk Aisha dapat adik baby. Tak ada rezeki lagi… tak apa. Sabar ya sayang 2027 InsyaAllah kita cuti,” kongsinya menerusi Threads. 

 

Tambahnya lagi, tahun ini menjadi tempoh untuk dia dan suaminya yang juga aktor Aidil Aziz bekerja keras demi memastikan masa depan keluarga lebih terjamin.

 

“2026 ni ibu ayah pulun kerja dahulu ya sayang. Aisha gomoi saja adik-adik sepupu dulu ya sayang,” kongsinya. 

 

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang mendoakan agar segala perancangan Fasha dipermudahkan serta dikurniakan rezeki zuriat pada waktu yang terbaik.

 

Untuk rekod, Fasha sah bergelar isteri kepada aktor Aidil Aziz dengan sekali lafaz pada 30 Mac 2019 di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, Perlis.

 

Hasil perkahwinan pasangan selebriti itu mempunyai seorang cahaya mata bernama Aisha Amaira. 

 

Fasha juga memiliki dua lagi cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 13, dan Putri Raysha Jemyma, 12, hasil perkahwinan dengan Rizal Ashram Ramli.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Must-Watch Video

Advertisement