Ringkasan AI
- Rad Yaakob jelaskan perkongsiannya tentang kejujuran dan kepercayaan dalam hubungan disalah faham netizen.
- Raf menegaskan perkongsian itu tidak berkaitan dengan mana-mana individu tertentu.
- Dia menafikan menerima banyak mesej peribadi daripada wanita di media sosial.
- Raf hanya menerima mesej daripada mereka yang minta nasihat tentang hubungan, perkahwinan, dan perceraian.
- Perkongsian Raf sebelum ini mengenai hubungan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Perkongsian bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Rad Yaakob mengenai kejujuran dan kepercayaan dalam perhubungan disalah erti oleh segelintir netizen.
Bagi menjelaskan salah faham itu, Raf menerusi platform Threads memberitahu perkongsian itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak.
ARTIKEL BERKAITAN: "Tiada Apa Nak Sorok, Boleh Tahu Password, Baca WhatsApp Saya" - Raf Yaakob
Malah, adik kepada penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob ini juga menafikan dia menerima mesej peribadi di laman sosial daripada ramai wanita.
“Hanya untuk bagi jelas. Jika saya menyiarkan apa-apa tentang hubungan, ia tidak pernah mengenai sesiapa sahaja.
“Cuma saya berkongsi apa yang ada dalam fikiran saya. Kita hidup dalam era di mana curang nampaknya ada di mana-mana.
“Anda mungkin fikir DM saya dibanjiri dengan wanita yang menyapa tetapi tidak,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Raf turut berkata dia hanya menerima mesej daripada orang yang mahu meminta nasihat daripadanya mengenai perhubungan.
“Apa yang saya dapat ialah mesej daripada orang yang meminta nasihat tentang hubungan, perkahwinan, perceraian atau cara untuk kekal kuat melalui semua itu,” katanya.
Sebelum ini, Raf berkongsi pandangannya mengenai perhubungan dan menerima pelbagai reaksi netizen.