Sekilas
- Abby Abadi akhirnya menerima wang mas kahwin yang tertangguh selama 22 tahun daripada bekas suaminya, Norman Hakim.
- Abby berterima kasih kepada suami sekarang, Muhammad Faizal Zakaria, dan isteri Norman, Memey Suhaiza, kerana tidak mencampuri urusan tersebut.
- Norman membayar tunggakan tersebut setelah berkemampuan, dan Abby bersyukur atas kesabaran yang akhirnya membuahkan hasil.
Berkat kesabaran selama 22 tahun, akhirnya pelakon dan penyanyi Abby Abadi menerima wang mas kahwin yang sudah lama tertangguh daripada bekas suaminya yang juga aktor, Norman Hakim.
Menerusi perkongsian di TikTok, Abby turut berterima kasih kepada suaminya, Muhammad Faizal Zakaria dan isteri Norman iaitu Memey Suhaiza kerana tidak pernah mencampuri urusan tersebut.
“Dengan tenangnya, saya kongsi la serba sikit. Biar semua tahu, yang ni dah selesai setelah 22 tahun ya. Terima kasih suami dan Memey tak pernah campur urusan yang tertangguh ini.
“Bukan nak kongsi sangat pun sebenarnya… cuma nak maklum, berkat kesabaran selama 22 tahun ni… rezeki saya, tetap rezeki saya… Alhamdullilah,” kongsinya.
Abby turut mengucapkan terima kasih kepada Norman kerana sudi membayar tunggakkan tersebut selepas sudah berkemampuan.
“Terima Kasih @normanhakim_786 sudi bayar apa yang tertunggak setelah berkemampuan. Awak kata tak perlu kongsi… tapi tak apalah, saya suka nak kongsi.
“Bukan sebab tak habis-habis tapi memang tak pernah selesai pun. Saya terus menunggu dengan penuh kesabaran.
“Semoga berkat kesabaran selama 22 tahun ini dapatlah saya sebuah mahligai bukan hanya di dunia tapi di Syurga sana. Duit belanja besar juga nanti,” katanya.
Sumber - TikTok