Skip to main content

Hiburan

Cara Bawa Diri Jadi Kunci Khayrisyah Kemal Terus Diterima Dalam Industri - “Saya Rasa Sebab Dari Kecil…”

Khayrisya Kemal

Sekilas

  • Khayrisyah Kemal berkongsi bahawa kekal relevan dalam industri lakonan bukan hanya bergantung pada bakat, tetapi juga cara membawa diri termasuk penampilan, percakapan, dan pemikiran.
  • Pelakon ini menekankan pentingnya matang dalam berinteraksi dengan kru dan pengarah, serta tahu bila masa sesuai untuk bersikap serius atau santai.
  • Dalam filem Kacau, Khayrisyah menghadapi cabaran besar untuk menyampaikan emosi watak Wani melalui ekspresi wajah tanpa banyak dialog, memerlukan penghayatan mendalam.

Sebagai pelakon yang mula ceburi bidang lakonan sejak kecil, aktres Khayrisyah Kemal berkongsi pandangan mengenai bagaimana dia masih terus menerima tawaran berlakon sehingga ke hari ini.

 

Menurut Khayrisyah, faktor utama untuk kekal relevan dalam industri seni bukan sahaja terletak pada bakat, tetapi turut melibatkan cara seseorang membawa diri, termasuk dari segi penampilan, percakapan dan pemikiran yang ditonjolkan kepada orang sekeliling.

 

“Cara kita bawa diri… kita kena pandai portray diri kita pada orang, bagi orang nampak kita sebagai apa. Dari segi kita pakai, cara kita bercakap, pemikiran kita… sepatutnya kita dah faham. 

 

“Saya rasa sebab dari kecil, saya dalam industri kita dah boleh tahu cara-cara abang-abang kru, pengarah berfikir. Sebagai pelakon, saya rasa cepat saja matang. 

 

“Saya boleh jadi budak-budak, bila masa saja saya boleh jadi budak sekolah, yang fun… nak saya jadi matang pun boleh. Kita kena tahu bila waktu dan tempat sesuai untuk bercakap dan bergurau. 

 

“Jadi, orang nampak kita, orang hormat. Jadi, orang tahu kita boleh jadi matang dan budak-budak,” kongsinya kepada Gempak. 

 

Khayrisyah berkongsi perkara itu ketika ditemui di media visit filem Kacau yang diadakan di Balai NSTP, Shah Alam baru-baru ini. 

 

Mengulas lanjut mengenai wataknya sebagai Wani dalam filem arahan Muzzamer Rahman itu, Khayrisyah mengakui cabaran utama adalah keperluan untuk banyak bermain dengan reaksi wajah berbanding dialog.

 

“Watak ini nampak macam simple, sebab dia seorang yang pendiam, tak banyak cakap… cakap bila perlu, dia dalam group friend pun hanya kawan dengan Ida (Nurel). 

 

“Bagi saya, watak ini awal-awal macam biasa. Bila dah di tengah-tengah baru macam berat juga. Bukan watak yang saya ingat boleh buat macam itu saja,” katanya. 

 

Menurut Khayrisyah, watak Wani memerlukan penghayatan yang mendalam kerana emosi dan maksud sebenar banyak disampaikan melalui ekspresi.

 

“Watak ini ada banyak isi dalam. Kalau saya tak dapat sampaikan, penonton takkan faham apa yang saya nak gambarkan. Saya bukannya berlakon dengan dialog, tapi dengan reaksi.

 

“Banyak juga kerisauan bila orang faham lain daripada apa yang saya cuba sampaikan sebagai Wani. Jadi, ia memang satu cabaran,” ujarnya.

 

Must-Watch Video

Advertisement