Sekilas
- Che Sayang berjaya turunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa tiga bulan dengan defisit kalori, latihan angkat berat dan mendaki bukit.
- Berat badannya kini dalam keadaan statik, namun dia tetap bersemangat untuk terus berusaha dan berkongsi perkembangan terkini.
- Netizen memberikan sokongan padu dan menggalakkan Che Sayang menghasilkan kandungan baru bertajuk ‘2 Minit 1 Senaman’.
Pempengaruh dan pencipta kandungan masakan, Che Sayang berkongsi berita gembira apabila berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 kilogram (kg).
Menerusi perkongsian di platform Threads, Che Sayang atau nama sebenarnya Abdul Qayyum Halid, dia tidak mengambil jalan pintas sebaliknya memilih untuk melalui proses yang konsisten demi mencapai berat badan ideal walaupun mengambil masa selama tiga bulan.
“Selepas tiga bulan mengamalkan defisit kalori, melakukan latihan angkat berat dan mendaki bukit, berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram,” kongsinya.

Bagaimanapun di ruangan komen, Che Sayang memaklumkan berat badannya kini berada dalam keadaan statik namun dia tetap tidak akan berputus asa.
“Tapi sekarang berat tengah stuck. Mental fight begin. More to come InsyaAllah,” maklumnya.
Sementara itu, di ruangan komen juga, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap usaha Che Sayang sekali gus memberikan sokongan agar dia membuat kandungan baharu yang diberi nama ‘2 Minit 1 Senaman’.