Skip to main content

Hiburan

CHELOT Telan Kos RM10 Juta, Adrian Teh Anggap Cabaran Sebahagian Proses Hasilkan Karya Lebih Baik

Adrian Teh

Sekilas

  • Pengarah Adrian Teh mendedahkan filem aksi thriller terbaharunya, Chelot, menelan kos sekitar RM10 juta.
  • Proses penggambaran selama 51 hari berjalan lancar dengan kerjasama erat barisan pelakon dan kru.
  • Filem Chelot akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 27 Ogos 2026 dengan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy dan Shaheizy Sam.
Advertisement

Pengarah filem Chelot, Adrian Teh mendedahkan naskhah aksi thriller terbaharunya itu menelan kos pembikinan sekitar RM10 juta.

 

Advertisement

Menurut Adrian, 41, biarpun kos tersebut lebih rendah berbanding filem arahannya sebelum ini, dia yakin Chelot mempunyai potensi besar untuk mendapat sambutan penonton.

 

“Kalau saya boleh kongsikan, sekitar RM10 juta jumlah kos yang ditelan untuk filem ini. Terima kasih kepada rakan bisnes saya yang masih percaya dengan saya walaupun projek terakhir kami tidak capai seperti mana yang dijangkakan.

 

“Projek Chelot ini bukan sebuah projek yang kecil dan rakan bisnes saya masih mempercayai saya,” katanya.

Advertisement

 

Adrian berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Chelot yang berlangsung di GSC Cinema IOI CIty Mall, Putrajaya, pada Selasa.

 

Berkongsi mengenai cabaran menghasilkan filem bergenre aksi thriller itu, Adrian mengakui setiap produksi sememangnya mempunyai kesukaran tersendiri.

 

Bagaimanapun, cabaran tersebut disifatkan sebagai sebahagian daripada proses untuk menghasilkan karya yang lebih baik.

 

“Setiap produksi pasti mempunyai cabaran masing-masing, begitu juga dengan Chelot. Jika tiada cabaran, ia akan membuatkan saya begitu mudah untuk menyiapkan naskhah ini.

 

“Cabaran terbesar saya adalah bagaimana mahu menjadikan filem Chelot lebih besar dan berjaya daripada Malbatt: Misi Bakara dan Paskal. Tiga filem ini mempunyai genre yang sama iaitu aksi.

 

“Apabila saya sudah lihat hala tuju dan mengesan langkah yang tepat untuk menjadikan Chelot lebih baik, semuanya dipermudahkan,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Adrian turut memberikan penghargaan kepada barisan pelakon dan kru yang banyak membantu menjayakan filem tersebut.

 

Menurutnya, proses penggambaran selama 51 hari berjalan lancar hasil kerjasama semua pihak yang terlibat.

 

“Tanpa semua barisan pelakon dan kru filem ini, saya bukan sesiapa. Semua memberi kerjasama yang bagus sepanjang 51 hari proses penggambaran,” katanya.

 

Filem Chelot bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 27 Ogos 2026.

 

Selain Adrian Teh sebagai pengarah, filem ini turut membariskan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin, Azhan Rani dan ramai lagi.

 

Anda mungkin berminat dengan

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must Watch Video

Advertisement