Skip to main content

Berita Tempatan

Cuma Dua Jam Rakam ‘Dayang Bintang’, Mawat Tak Sangka Bawa Pulang Trofi AIM25

Cuma Dua Jam Rakam ‘Dayang Bintang’, Mawat Tak Sangka Bawa Pulang Trofi AIM25

Sekilas

  • Lagu ‘Dayang Bintang’ nyanyian Mawat dari Sarawak dinobatkan sebagai Lagu Borneo Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-25 selepas hanya dirakam dalam masa dua jam.
  • Mawat mengakui tidak menjangka lagu berbahasa Iban itu akan menang dan menganggap kejayaan ini sebagai pengiktirafan tertinggi dalam karier seninya.
  • Selepas kemenangan, Mawat bercadang untuk membawa muziknya ke peringkat antarabangsa dan merancang kolaborasi dengan artis dari Sabah, Semenanjung, dan Indonesia.
Advertisement

Hanya mengambil masa kira kira dua jam untuk dirakam, siapa sangka lagu ‘Dayang Bintang’ akhirnya membawa tuah besar buat penyanyi Sarawak, Mawat apabila dinobatkan sebagai Lagu Borneo Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25).

Mawat atau nama sebenarnya Gibrael Mawat Clement Saran, 24, mengakui tidak pernah meletakkan jangkaan tinggi terhadap lagu berbahasa Iban tersebut ketika ia dihasilkan.

Advertisement

Malah, penyanyi berasal dari Sri Aman itu menyifatkan proses penghasilan lagu berkenaan pada awalnya sekadar satu percubaan.

“Proses rakaman lagu ini tidak mengambil masa lama, kira-kira dua jam. Ketika itu kami cuma mencuba.

“Kalau lagu ini ‘meletup’, meletuplah. Kalau tidak, kami cuba lagi. Memang tidak sangka sampai ke tahap ini.

“Ini semua rezeki serta sokongan peminat dan keluarga. Orang kata, rezeki tidak salah alamat,” katanya.

Lebih manis, Mawat menyifatkan kemenangan tersebut sebagai pengiktirafan tertinggi sepanjang perjalanan seninya selepas ‘Dayang Bintang’ bukan sahaja berjaya menembusi peringkat akhir, malah muncul juara.

“Memang ini pengiktirafan paling tinggi buat saya. Dari awal lagi saya tidak sangka ‘Dayang Bintang’ akan tercalon, kemudian masuk final dan akhirnya menang.

“Sudah tentu saya sangat gembira,” katanya.

Menurut Mawat, ‘Dayang Bintang’ mengambil inspirasi daripada cerita lama atau legenda mengenai seorang wanita bernama Dayang Bintang.

Advertisement

Identiti muzik Iban turut diberikan perhatian dalam penghasilan lagu berkenaan khususnya pada bahagian korus yang menggabungkan beberapa elemen tradisional.

Selepas kejayaan di AIM25, Mawat kini memasang impian untuk membawa muziknya lebih jauh termasuk meneroka pasaran antarabangsa.

“Selepas AIM, mungkin kami akan cuba sedaya upaya pergi lebih jauh, mungkin ke Indonesia, Amerika Syarikat atau Korea. Kita tidak tahu apa yang akan datang.

“Untuk projek seterusnya pula, kami ada perancangan berkolaborasi dengan artis dari Sabah, Semenanjung dan juga Indonesia,” katanya.

Pada masa sama, Mawat berharap kategori Lagu Borneo Terbaik akan terus dipertandingkan pada edisi AIM akan datang bagi membuka ruang kepada lebih ramai penggiat seni dari Sabah dan Sarawak mengetengahkan karya mereka.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Must Watch Video

Advertisement