Skip to main content

Viral

Dah Janji Kalau Menang AIM25 Kena Botak, Yonnyboii Mula Gelisah - "Isteri Saya Sebenarnya Tak Suka... "

Dah Janji Kalau Menang AIM25 Kena Botak, Yonnyboii Mula Gelisah - "Isteri Saya Sebenarnya Tak Suka... "

Sekilas

  • Yonnyboii berdepan dilema untuk mencukur rambut botak selepas lagu ‘Tanya Tuhan’ menang Lagu Rap/Hip Hop Terbaik di AIM25.
  • Dia mengakui belum bersedia untuk botak dan isterinya juga kurang gemar imej tersebut, jadi mungkin hanya akan buat potongan pendek sahaja.
  • Kemenangan itu mengejutkan Yonnyboii kerana dia hadir ke AIM25 tanpa harapan tinggi untuk menang.
Advertisement

Gara gara pernah berjanji mahu mencukur rambut sehingga botak sekiranya memenangi trofi Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), penyanyi rap Yonnyboii kini berdepan dilema untuk mengotakan kata katanya.

Janji yang pada awalnya dibuat sekadar main main itu kembali menghantui Yonnyboii selepas lagu ‘Tanya Tuhan’ nyanyiannya bersama Malique diumumkan sebagai pemenang Lagu Rap/Hip Hop Terbaik AIM25. 

Advertisement

Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 28, mengakui dia sebenarnya belum bersedia untuk berpisah dengan rambutnya.

Lebih mencuit hati, isterinya juga dikatakan kurang menggemari penampilannya jika berkepala botak.

“Isteri saya sebenarnya tak suka (imej botak), tapi saya sudah terjanji. Mungkin saya akan potong sikit saja, atau sekadar buat ‘buzz cut’, jadi saya minta bagilah peluang.

“Sebenarnya saya akan nampak tak okay kerana rupa saya buruk kalau botak,” katanya pada sidang media AIM25 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Kemenangan tersebut menyaksikan ‘Tanya Tuhan’ mengenepikan empat pencabar lain iaitu ‘Last Time’ oleh SonaOne, ‘501’ nyanyian Joe Flizzow, ‘Kemana Ni’ oleh Kmy Kmo, Luca Sickt dan Salammusik serta ‘Meta Dergama’ daripada K.O.I.

Advertisement

Dalam pada itu, Yonnyboii mengakui tidak pernah menjangkakan kemenangan tersebut apabila hadir ke AIM25 tanpa meletakkan harapan tinggi.

“Memang tak jangka saya akan menang, tiada orang bagi tahu. Tiba-tiba bila keputusan diumumkan, saya menang. Jadi, agak terkejut juga,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Must Watch Video

Advertisement