Sekilas
- Khairul Aming berkongsi profil dirinya di Threads dengan menyenaraikan kelebihan seperti pandai memasak, menjaga kanak-kanak, dan minat berniaga.
- Beliau juga menyatakan alergi terhadap belacan dan pernah menangkap ikan bilis, sambil menegaskan budak dalam gambar bukan anaknya.
- Perkongsian ini menarik perhatian netizen yang turut memperkenalkan diri dan ahli keluarga mereka secara kreatif di ruangan komen.
Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming menyorot perhatian netizen selepas berkongsi profil dirinya di media sosial.
Menerusi satu hantaran di Threads, Khairul Aming atau lebih mesra disapa sebagai KA memperkenalkan dirinya dengan menyenaraikan beberapa kelebihan yang dimiliki termasuk pandai memasak, menjaga kanak-kanak serta mempunyai minat dalam bidang perniagaan.
“Salam perkenalan. Umur 33, boleh masak, pandai jaga budak, suka berniaga, allergic belacan, pernah tangkap ikan bilis, selalu busy kerja tapi boleh je cari masa bercuti.
“Budak yang dalam gambar ni bukan anak saya," tulisnya.
Perkongsian tersebut nyata mengundang perhatian netizen dan rata-rata turut mencuba nasib memperkenalkan diri sendiri serta ahli keluarga terdekat.
"Waalaikumussalam. 32. Comey. MBA holder. Panda masok. Suko budok2. Pandai layan ore tuo. Buleh jago ma. Pandai siye ike bilis. Busy cari jodoh.
"Hi saya 33 jugak till 26 ogos lepas. Boleh drive, boleh tengok map, hafal jalan, suka travel virtually(google street map), boleh tiru OCD mengemas, boleh cakap medical language,boleh cakap macam kartun, suka healing (grounding, sunning, meditate, pilates) 🕊️ Kerja tapi boleh cuti bila-bila masa. Suka rawat gigi orang, yang penting suka buat orang senyum 😬✨
"Wasalam. Umur 31, boleh tiru awak masak,suka makan, pandai urus duit, suka travel, pandai jaga kucing, next boleh cuba jaga awak 🤪
"Saya ada adik permpuan umur 25 , asla Pasir Mas . Sekarang tengah sambung master . kami perantau.
"Ramainya saingan. Saya undur diri dulu," komen netizen.