Skip to main content

Selebriti

Dituduh Dapat Watak Sebab Ibu, Mila Mohsin Tak Ambil Hati Gelaran ‘Nepo Baby” - “Ini Puteri Gunung Ledang, Tak Boleh Main Masuk…”

Mila Mohsin PGL

Sekilas

  • Mila Mohsin menjawab dakwaan sebagai ‘nepo baby’ selepas diumumkan memegang watak utama dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang.
  • Dia menegaskan watak itu diperoleh melalui proses uji bakat dan berjanji akan berusaha keras membuktikan kemampuan sendiri.
  • Mila memilih untuk bersangka baik dan menyerahkan penilaian kepada orang ramai berdasarkan hasil kerja dan persembahannya.

Pelakon, Mila Mohsin tampil menjawab dakwaan segelintir pihak yang melabelkan dirinya ‘nepo baby’ selepas diumumkan sebagai pemegang watak utama dalam pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang.

Mila atau nama sebenarnya, Hani Karmila Hani Mohsin, 29, berkata dia tidak mengambil hati dengan pandangan tersebut sebaliknya memahami mengapa ada pihak yang membuat tanggapan sedemikian kerana latar belakang keluarganya.

“Sudah banyak kali saya mendengar perkataan nepotisme itu. Orang ramai akan berfikir mengikut pandangan masing-masing dan saya tidak mampu mengawal apa yang mereka fikirkan.

“Saya tidak menyalahkan mereka. Jika saya berada di tempat mereka sekalipun, mungkin saya juga akan berfikiran seperti itu,” katanya.

Mila berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pra-tonton episod tujuh siri premium terbitan Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven bertempat di TGV One Utama pada Khamis.

Tambah Mila lagi, dia memilih untuk terus bersangka baik dan menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai sendiri kemampuan serta usahanya dalam bidang lakonan.

“Bagi saya, saya hanya bersangka baik. Biarlah orang ramai menunjukkan diri mereka yang sebenar dan saya rasa itu yang lebih penting.

“Jika anda masih ragu-ragu atau mempunyai persoalan, datanglah menonton pementasan ini. Itu sahaja yang boleh saya katakan dan saya akan memberikan yang terbaik,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Mila menegaskan dia akan sentiasa berusaha keras untuk memberikan yang terbaik untuk setiap peluang yang diberikan kepadanya dalam dunia seni.

“Saya bekerja keras dan berusaha memberikan yang terbaik setiap hari. Bagi saya, itu sahaja yang penting.

“Saya percaya hasil kerja akan membuktikan segala-galanya. Perkara lain tidak mengapa, biarlah orang ramai mempunyai pandangan masing-masing,” tegasnya.

Mengulas mengenai watak Puteri Gunung Ledang, Mila memaklumkan bahawa dia tidak memperoleh watak tersebut secara mudah, sebaliknya perlu melalui proses uji bakat sebelum dipilih oleh pihak produksi.

“Ini adalah Puteri Gunung Ledang, jadi saya sendiri hadir dan melalui beberapa proses uji bakat.

“Ini watak Puteri Gunung Ledang, bukan watak yang boleh diberikan secara sewenang-wenangnya,” katanya.

Terdahulu, pemilihan Mila untuk membawakan watak Puteri Gunung Ledang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, termasuk dakwaan bahawa dia mendapat kelebihan kerana mempunyai pertalian keluarga dengan pengarah pementasan tersebut, Datin Seri Tiara Jacquelina yang juga merupakan ibunya.

Bagaimanapun, Mila memilih untuk membuktikan kemampuannya menerusi usaha dan hasil kerja yang dipersembahkan di pentas.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement