Skip to main content

Hiburan

Eyra Hazali Dedah Suami Banyak Terima DM Dari Wanita, Syukur Bukan Jenis Melayan - “Dia Rajin Block, Tangan Saya Yang…”

Eyra Hazali

Sekilas

  • Eyra Hazali dedah suaminya, penjaga gol kebangsaan Haziq Nadzli, sering dapat DM daripada wanita tapi tidak melayan dan berkongsi kata laluan media sosial dengan Eyra.
  • Eyra pilih untuk tidak memperbesarkan perkara itu selagi ia tidak melampaui batas dan suaminya rajin block wanita yang cuba mengganggu.
  • Mereka berkahwin sejak 2019 dan dikurniakan tiga anak, serta berharap perkahwinan mereka sentiasa dilindungi dan diberkati.
Advertisement

Pelakon, Eyra Hazali mendedahkan suaminya yang juga penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli sering menerima mesej peribadi (DM) daripada wanita di Instagram.

Walau bagaimanapun, Eyra atau nama lengkapnya Hazirah Qasdina Hazali meluahkan rasa syukur kerana suaminya itu tidak melayan malah terbuka untuk berkongsi kata laluan akaun media sosial dengannya.

Advertisement

“Orang Sarawak cantik-cantik! Bukan setakat cantik, masuk DM suami kita lagi. Kadang-kadang bila Haziq hantar kita orang ke airport ke, adalah yang DM, ‘Hai kita dekat Kuching tau, jom jumpa kat Kuching ni.’

“Ada je, ramai je. Tapi Alhamdulillah sebab Haziq dia memang share password semua dengan saya jadi kalau notification masuk ke apa memang masuk ke telefon saya juga.

“Haziq memang tak layan. Alhamdulillah, Haziq ni apa yang saya kenal memang bukan seorang macam tulah. Kita tak berani nak menjanjikan tapi dia memang family man. Apa-apa dia akan go through saya dulu,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Eyra memaklumkan dia lebih memilih untuk tidak memperbesarkan perkara itu selagi ia tidak melampaui batas.

“Tapi Haziq punya tangan pun rajin untuk block. Sebab kalau tengok Haziq punya block list tu pun ramai, perempuan-perempuan lah,” kongsinya lagi.

“Bagi saya, selagi tak melampaui batas, insya-Allah tak ada apa-apa sebab saya tak nak buat perbesarkan perkara itu.

“Sebab suami kita pun tak melayan, buat apa kita nak layan. Walaupun tangan ni gatal je sebenarnya nak reply. Insya-Allah rasa insecure tu tak ada. Tak, insya-Allah saya cantik apa?” selorohnya.

Di akhir perbualan, Eyra berharap orang ramai mendoakan agar perkahwinannya bersama Haziq dilindungi Allah SWT daripada sebarang ujian yang tidak diingini.

“Kadang-kadang perempuan macam tu lah, bila tengok lelaki dah berjaya, success, itu yang diorang lagi tertarik.

“Lebih-lebih lagi bila ada isteri. Mereka tengok cara layanan lelaki itu kepada isteri, kepada anak-anak. Itu yang diorang lagi tertarik pada para suami kot.

“Tapi insya-Allah, doa-doalah untuk kita orang. Pada wanita yang nak try Haziq, ingatlah saya Eyra Hazali tahu. Saya cantik tahu, anak saya comel… elok sangat!,” selorohnya lagi.

Untuk rekod, Eyra dan Haziq yang merupakan penjaga gol bagi pasukan Kuching City FC mendirikan rumah tangga 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Hayder Qhalish, Muhammad Endra Haqimie dan Muhammad Eskandar.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement