Skip to main content

Berita Tempatan

FFM34: Amir Ahnaf Dinobat Pelakon Lelaki Harapan Menerusi Filem Kahar: Kapla High Council

amir_FFM34

Pelakon, Amir Ahnaf, dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media pada Sabtu.

Menurut Amir, dia berasa bersyukur atas kemenangan itu dan berjanji akan memberikan hasil yang lebih baik untuk naskhah seterusnya selepas ini.

“Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan pada saya anugerah ini bukan sekadar hasil usaha saya sendiri.

“Sebaliknya segala semua tenaga produksi yang terlibat dan saya percaya kemenangan ini juga adalah sebab tulang belakang Aedy Ashraf, Sky Iskandar dan yang terlibat,” katanya ketika ditemui Gempak.

Advertisement

Untuk info, antara saingan Amir adalah Fadhli Masoot (Kahar: Kapla High Council), Hun Haqeem (Soloz: Game of Life), Koh Teng Huat (You Are My Son) dan Vijay Ganesh (Mirugasirisham)

Must-Watch Video

Advertisement