Skip to main content

Hiburan

Gabungkan Pelakon ‘Award Winning’ Dalam Satu Panggung, Libang Libu Janjikan Hiburan Tak Kering Gusi

Libang Libu

Sekilas

  • Filem komedi-drama Libang Libu akan ditayangkan pada 23 April, mengangkat tema perpaduan dengan gaya santai dan mudah dihayati.
  • Filem ini menampilkan pelakon terkenal seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, dan Amerul Affendi serta penampilan khas Datuk Yusof Haslam dan lain-lain.
  • Pengarah Bobby Hussaini menganggap karya ini sebagai penghormatan kepada Allahyarham Mamat Khalid dan mengajak penonton menikmati hiburan yang penuh gelak tawa bersama keluarga dan rakan.

Setelah sekian lama, akhirnya industri filem tempatan bakal diserikan dengan filem komedi-drama berkuakiti yang berjudul Libang Libu.

Filem yang bakal ditayangkan 23 April ini mengangkat naratif perpaduan dalam acuan yang santai dan ‘relatable’.

Lebih menarik, filem yang mendapat sentuhan Bobby Hussaini diserikan lagi dengan gabungan pelakon hebat yang bukan sahaja berpengalaman, malah terdiri daripada nama-nama ‘award-winning’ tanah air seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Amerul Affendi, Zahiril Adzim, Sabri Yunus, Razak Ahmad dan ramai lagi.

Malah, filem ini turut diserikan dengan penampilan khas Datuk Yusof Haslam, Bront Palaras dan Nadiya Nisaa.

Menurut pengarahnya, Libang Libu bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi sebuah naskhah yang membawa makna lebih besar.

“Apa yang membezakan Libang Libu dengan karya lain adalah keupayaannya menghidupkan semula pengalaman menonton yang santai tetapi bermakna, iaitu gelak tawa bersama di dalam panggung, dalam ‘mood’ yang rileks dikelilingi famili dan teman rapat.

“Dengan pendekatan yang santai dan penuh drama, Libang Libu membawa kembali jenis hiburan yang sudah lama dirindui oleh penonton Malaysia, hiburan yang mengajak mereka datang untuk ketawa,” katanya.

Ditanya mengenai pengalaman mengendalikan barisan pelakon hebat tanah air, Bobby menyifatkan segalanya berjalan dengan lancar.

“Sebenarnya tidak susah langsung nak kawal semua pelakon sebab mereka sangat profesional.

“Sebab itulah saya ajak mereka, bukan wajah-wajah baharu. Apa yang saya boleh katakan, semua pelakon filem ini buat ‘homework’ sebelum masuk set,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Bobby ambil maklum mengenai pandangan bahawa penonton pasti akan mengaitkan filem ini dengan karya pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid yang begitu sinonim dengan budaya di Perak.

Ujar Bobby, dia menganggap karya ini sebagai satu bentuk penghargaan dan ‘homage’ buat idolanya itu.

“Mengenai rujukan yang sering dikaitkan dengan karya arwah Mamat Khalid, saya memang sangat meminati naskhah-naskhah sentuhannya. Jika ada sebarang persamaan, itu merupakan satu bentuk penghargaan saya buat Allahyarham.

“Apabila kita menggunakan lokasi di Perak dengan dialek tempatan dan watak-watak sebegitu, sesiapa sahaja yang melakukannya pasti akan dikaitkan dengan gaya Abang Mamat.

“Dia merupakan individu yang memulakan dan mempopularkan elemen tersebut. Namun seperti saya katakan, jika ada persamaan, ini adalah penghargaan kerana kami semua sangat mengagumi hasil kerjanya,” katanya lagi.

Buat anda yang sudah lama menantikan filem bergenre komedi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Libang Libu bermula 23 April ini di pawagam berdekatan anda.

Anda mungkin berminat dengan

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

888.CO Unisex Adult The Best Ever Round Neck Plain Microfiber T-Shirt Jersey T Shirt (Anti-Bacteria) Mixed Color 1

888.CO Unisex Adult The Best Ever Round Neck Plain Microfiber T-Shirt Jersey T Shirt (Anti-Bacteria) Mixed Color 1

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Must-Watch Video

Advertisement