Ringkasan AI
- Pelakon dan pengacara Janna Nick berkongsi video membeli barang dapur untuk persediaan memasak selama dua minggu.
- Janna dan suaminya, Dini Schatzmann, berbelanja sebanyak 111.70 pound atau RM610 di London.
- Beliau menyediakan bahan masakan supaya suaminya hanya perlu menggunakan airfryer sahaja.
- Video tersebut mendapat pujian netizen atas sikap rajin dan bijak Janna dalam menguruskan persiapan makanan.
- Netizen turut memuji kecantikan dan kerajinan Janna dalam video yang dikongsikan di TikTok.
Pelakon dan pengacara Janna Nick berkongsi video memperlihatkan dia berbelanja membeli barang dapur dan persediaan bahan memasak untuk dua minggu menarik perhatian netizen.
Menerusi perkongsiannya di TikTok, Janna dan suaminya yang juga aktor Dini Schatzmann berhabis sebanyak 111.70 pound atau RM610.
“Buat persediaan siap-siapa supaya Dini boleh airfryer saja,” tulis Janna yang ketika ini berada di London bagi menyambung pelajarannya di sana.
Rata-rata netizen memuji sikap Janna yang dilihat rajin menyediakan bahan masakan selama dua minggu.
“Aku pula seronok tengok Janna shopping barang dapur dan buat perap barang-barang basah.
“Janna ni cantik, lagi rajin dan lagi bijak.
“Bila nak dapat tahap kerajinan macam awak ni,” komen beberapa netizen.
@jannanickofficial prep siap siap so dini boleh masuk dalam airfryer je.. #studyabroad ♬ original sound - jannanick95