Skip to main content

Selebriti

Que Haidar Disiplin Amal Diet Ketat, ‘Cut’ Gula, Garam, Nasi & Minyak - “Karbo Saya Adalah Spaghetti Yang Direbus Kosong”

Que Haidar Disiplin Amal Diet Ketat, ‘Cut’ Gula, Garam, Nasi & Minyak

Ringkasan AI

  • Pelakon Que Haidar berkongsi perubahan gaya pemakanannya yang lebih sihat dengan mengurangkan gula, garam, ajinomoto, nasi, dan minyak.
  • Dia menggantikan nasi dengan spaghetti rebus kosong sebagai sumber karbohidrat dalam diet hariannya.
  • Que menggunakan garam pink dan minyak zaitun secara terhad untuk mengekalkan rasa dalam makanannya.
  • Perubahan diet ini memberi cabaran mental pada dua minggu pertama, tetapi hasilnya membuatkan dia lebih bersemangat meneruskan gaya hidup sihat.
  • Penampilan terbaru Que dengan rambut perang dan kaca mata hitam mendapat perhatian ramai di platform Thread.

Pelakon hebat, Que Haidar, mendedahkan amalan pemakanan sihat yang diamalkannya kini telah membawa perubahan besar terhadap kesihatan dan penampilan dirinya.

Menurut Que, dia kini lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan harian untuk tujuan kesihatan.

“Saya potong gula, garam, ajinomoto, nasi, dan minyak. Tapi kalau sekali-sekala teringin, saya akan guna minyak zaitun. 

“Dalam seminggu tu, mungkin sekali atau dua kali sahaja saya ambil makanan yang ada garam. Saya guna garam pink,” ujarnya.

Que berkata demikian ketika sesi siaran langsung di TikTok miliknya baru-baru ini.

Kongsi Que lagi, dia mengambil sumber karbohidrat seperti spaghetti yang direbus kosong sebagai pengganti kepada nasi.

Bagaimanapun, Que mengakui tempoh dua minggu pertama selepas mengubah diet tersebut merupakan cabaran besar buatnya dari segi mental. 

Namun, hasil yang diperolehnya membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk meneruskan gaya hidup sihat itu.

“Karbo saya adalah spaghetti yang direbus kosong. Mula-mula rasa macam susah juga tapi sekarang dah  biasa.

“Dua minggu saya memang mental, tapi bila nampak perubahan pada kulit muka, bentuk wajah, dan keseluruhan diri saya, saya rasa lebih sihat. Jadi, mengapa tidak saya teruskan,” katanya.

Terdahulu, penampilan terbaharu Que yang tampil dengan imej rambut perang (blonde) berjaya mencuri perhatian ramai selepas foto-foto terkininya dimuat naik di platform Thread.

Menerusi perkongsian tersebut, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 45, memuat naik beberapa keping swafoto menunjukkan gaya rambut baharunya lengkap dengan kaca mata hitam, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Must-Watch Video

Advertisement