Skip to main content

Selebriti

Hael Husaini Pernah Dibuli, Pesan Mangsa Jangan Diam Diri - “Ramai Fikir Kena Tumbuk Atau Pukul…”

hael husaini

Penyanyi, Hael Husaini tampil memberikan pandangan berhubung isu buli yang kembali menjadi perhatian hangat masyarakat sejak kebelakangan ini.
 

Menurut Hael, masalah buli bukan perkara baharu, malah sudah wujud sejak dahulu lagi dan tidak boleh dianggap remeh.
 

Advertisement

“Kes-kes buli ini bukan terjadi pada zaman sekarang sahaja, tetapi sejak dahulu lagi. Saya rasa bagus isu ini diketengahkan supaya ia boleh dihentikan.
 

“Secara peribadi, buli bukan satu benda yang remeh. Kadang-kadang bila kita cakap, ada yang menganggap, ‘eleh zaman kita dulu pun kena buli, okey je’. Tapi sebenarnya tidak.

 

“Sebab buli boleh beri kesan kepada seseorang daripada zaman dia kena hinggalah ke waktu dia membesar. Sebab itu ia harus dihentikan,” katanya ketika ditemui Gempak pada acara Hello Inilah Kita 2.0 di Pavillion, Kuala Lumpur.
 

Tambah pelantun lagu Jampi itu, mangsa yang dibuli perlu segera mendapatkan bantuan daripada orang terdekat dan tidak menyimpan perkara tersebut.
 

“Orang yang dibuli atau merasakan dibuli seharusnya cepat-cepat memberitahu sesiapa sahaja yang terdekat supaya benda ini boleh dibanteras.

 

“Macam saya sendiri, saya pernah ada pengalaman itu dan saya cuba untuk menyimpan. Tapi ianya tidak membantu langsung,” jelasnya.
 

Hael turut berpesan kepada masyarakat supaya lebih peka terhadap bentuk-bentuk buli yang berlaku, kerana ia bukan sekadar fizikal tetapi juga mental.
 

“Kalau nak ikutkan, buli ini kadang-kadang orang tak perasan. Ramai fikir ia hanya bab kena tumbuk atau dipukul. Tapi secara mental juga boleh jadi buli.
 

“Kadang-kadang perkataan yang kita lontarkan pada seseorang boleh buat dia rasa down. Itu pun dikira buli sebenarnya,” ujarnya.
 

Justeru, Hael berharap semua pihak mengambil serius isu tersebut terutama di era media sosial, yang menjadi platform mudah untuk sesetengah pihak melakukan buli secara tidak sedar.

 

“Daripada zaman saya dahulu sehinggalah sekarang, kes buli ini bukan sahaja melibatkan fizikal, tapi mental juga harus dijaga.
 

“Di media sosial, semua orang kena tahu batasan masing-masing. Kena fikir sama ada perkataan itu akan jatuh sebagai buli atau tidak. Fikir perasaan orang, sama ada mereka akan suka atau tidak.
 

“Apa-apa yang berlaku kena fikir matang ke depan, fikir juga akibatnya,” ujarnya lagi.

Must-Watch Video