Penampilan pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil dengan mengenakan tudung berwarna putih sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye pada Sabtu.
Menerusi beberapa perkongsian mengenai foto yang tular di media sosial itu, ramai yang menyedari perubahan tudung yang dipakai oleh pemilik nama Nurul Hidayah Mohd Amin, 35.
Advertisement
Rata-rata netizen menyatakan bahawa Ardell berkemungkinan merupakan salah seorang mangsa yang diminta menanggalkan tudung oleh tentera Israel ketika berada dalam tahanan.
Difahamkan, sebelum ditahan oleh Angkatan Tentera Israel (IDF) pada 2 Oktober lalu, Ardell mengenakan tudung berwarna merah jambu.
Antara hantaran netizen di media sosial adalah:



Sementara itu, rakan selebriti dan juga aktivis seperti Zizi Kirana, Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi dilihat masih mengenakan tudung berwarna hitam.
Dalam pada itu, netizen juga meluahkan rasa bimbang sekiranya kekejaman Zionis itu meninggalkan kesan trauma terhadap aktivis berkenaan.