Skip to main content

Hiburan

"Apa Aku Kata Tentang Mahram?" – Kenyataan Rizalman Tentang Zizi Kirana & PU Rahmat Cetus Perdebatan Netizen

rizalman

Perkongsian pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim yang menyentuh soal mahram ketika merujuk kepada aktivis kemanusiaan Zizi Kirana dan PU Rahmat mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Rizalman memuat naik tangkap layar mesej peribadi (DM) daripada seorang individu yang memaklumkan kepadanya bahawa Zizi dan PU Rahmat telah ‘ditangkap’ ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang berlangsung di perairan Gaza.

Advertisement

Sebagai respons kepada mesej tersebut, Rizalman hanya mempersoalkan mengenai mahram. 

“Apa aku kata tentang mahram?” tulisnya.

rizalman

Tidak terhenti di situ, Rizalman turut memuat naik satu lagi hantaran berbentuk nasihat yang menyentuh tentang kepentingan wanita ditemani mahram dalam apa jua perjalanan.

“Mana-mana perempuan pun kalau ditemani oleh mahramnya… dia tak akan berani buat benda tak elok. Sebab mahramnya (bapa/abang/adik/suami) akan menasihati sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.

rizalman

“Hatta ambil ubat di klinik sekalipun kerana bisikan qarin itu sentiasa ada bersama kita walaupun perjalanan ke tempat tujuan itu aman. Paham ka dak?” katanya.

rizalman

Perkongsian tersebut bagaimanapun mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak sensitif, lebih-lebih lagi ketika para aktivis termasuk Zizi dan PU Rahmat kini berdepan ancaman keselamatan selepas kapal mereka dipintas tentera Zionis.

“Apa maksud Rizalman (Tokri) ni? Patut baca dalam intonasi macam mana?

“Pebenda punya kenyataan laa…

“So disappointed with Tokri… boikot saja barang dia,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, setakat pukul 7.50 pagi waktu Malaysia, seramai 17 rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) selepas kapal mereka dipintas tentera Israel.

Mereka termasuk penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); serta Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).

Perdana Menteri dalam kenyataan di media sosial memaklumkan pihaknya sedang giat berhubung dengan semua pihak berkepentingan melalui saluran diplomatik bagi memastikan semua sukarelawan dan aktivis dibebaskan segera.

Must-Watch Video

Advertisement