Skip to main content

Hiburan

Individu Mengaku Buat Demi ‘Clout’, Netizen Kesiankan Betty Rahmad - “Tak Pasal-Pasal Kena Fitnah & Maki Hamun”

Betty Rahmad

Sekilas

  • Seorang peniaga Singapura mengaku dakwaan bahawa pelakon Betty Rahmad meninggikan suara kepada pekerjanya hanyalah untuk mendapatkan perhatian dan keuntungan.
  • Video tular sebelum ini menunjukkan dakwaan sikap biadab Betty terhadap pekerjanya di sebuah festival, namun Betty menafikan dan memohon maaf jika ada yang terasa hati.
  • Netizen meluahkan rasa simpati terhadap Betty selepas pengakuan peniaga tersebut dan mengecam tindakan fitnah yang berlaku.

Seorang peniaga Singapura mengakui tindakannya sebelum ini yang mendakwa pelakon, Betty Rahmad telah ‘meninggikan suara’ ke arah pekerjanya ketika sibuk melayan pelanggan lain hanyalah sekadar untuk mendapat perhatian orang awam.

Perkara itu dikongsikan seorang individu dikenali sebagai idofoodhunting yang memuat naik tangkap layar pengakuan dibuat peniaga itu di TikTok.

“Hi Betty Rahmad, saya rasa lelaki ini dah
melampau ya.

“Dia mengaku yang dia buat adalah untuk ‘clout’. Marketing murahan menggunakan nama awak untuk mendapatkan keuntungan,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkesima melihat pengakuan tersebut sambil meluahkan rasa simpati terhadap Betty.

“Tak pasal-pasal Betty kena fitnah, maki hamun dan hentam.

“Kesiannya lah, semoga dipermudah segala urusan dan dikurniakan rezeki berlipat ganda buat Betty,” komen netizen.

Sebelum ini, tular video memperlihatkan individu mendakwa seorang pelakon dan usahawan bersikap biadab dengan pekerjanya di booth di sebuah acara festival. 

Menerusi satu hantaran di TikTok, individu itu mendakwa pelakon berkenaan telah ‘meninggikan suara’ ke arah pekerjanya ketika sibuk melayan pelanggan lain. 

Individu berkenaan turut mempersoalkan tindakan tersebut dan menyifatkan tiada siapa berhak melayan pekerja dengan cara sedemikian, walaupun bergelar selebriti. 

Betty menerusi siaran langsung di TikTok menafikan dirinya bersikap biadab seperti yang didakwa namun tetap memohon maaf kepada pekerja booth berkenaan sekiranya tergores hati dengannya. 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

Must-Watch Video

Advertisement