Skip to main content

Hiburan

Individu Sifatkan Rozita Che Wan & Sheila Rusly Sebagai Mentua ‘Green Forest’ - “Awal-Awal Dia Dah Bagi…”

Rozita Che Wan

Sekilas

  • Pelakon Rozita Che Wan dipuji sebagai mentua penyayang dan adil selepas ucapan menyentuh hati di majlis perkahwinan anaknya, Ammar Effendy.
  • Che Ta dianggap sebagai mentua 'green forest' kerana menerima menantu seperti anak sendiri dan memberi peringatan agar menjaga isteri dengan baik.
  • Majlis perkahwinan Ammar dan Auni Ikhwan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor, mendapat perhatian ramai di media sosial.

Sebelum ini, keakraban penerbit terkenal, Sheila Rusly bersama dua menantu perempuannya sering menjadi perhatian sehingga ramai mengimpikan mentua sepertinya.

Terbaharu, pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta pula menerima pujian ramai apabila disifatkan sebagai seorang mentua yang penyayang dan bersikap adil terhadap menantunya.

Menerusi ciapan di Threads, seorang pengguna media sosial menyifatkatkan Che Ta sebagai mentua ‘green forest’ selepas mendengar ucapan perlakon itu di hari perkahwinan anaknya, Ammar Effendy.

“Selain sis Sheila Rusly, artis yang saya tak sangka mertua green forest ialah Rozita Che Wan.

“Sebab masa beliau baca speech untuk anak lelaki dia, awal-awal dia dah bagi warning jaga isteri elok-elok.

“Beliau juga terima menantu macam anak sendiri sebab ada mention lepas ni Aisyah dah ada kakak dah.”

Tambah individu itu lagi, tanggapannya terhadap Che Ta sebelum ini juga meleset dan menanggap pelakon drama Kiah Propa itu sebagai seorang mentua yang adil terhadap anak dan menantunya.

“Kalau ikutkan gaya Che Ta macam mak yang akan kawal anak lelaki dia, but no… beliau juga seorang in-law yang adil.

“Dua insan yang kita sangka garang tapi so lovely dengan menantu masing-masing.”

Terdahulu, Ammar selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Auni Ikhwan dalam satu majlis yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement