Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Iqbal Zulkefli Mahu Ubah Imej Vida Kepada Lebih Minimalis - “Kalau Kami Berbaik, Perkara Pertama Saya Nak Buat…”

Iqbal Zulkefli

Sekilas

  • Iqbal Zulkefli berkongsi hasrat untuk mengubah imej Datuk Seri Vida menjadi lebih minimalis jika mereka berbaik semula.
  • Beliau mahu buang bulu mata palsu Vida dan kembalikan penampilan ringkas dengan pakaian dua tone sahaja.
  • Iqbal menegaskan perubahan itu bukan untuk hilangkan identiti Vida, tetapi untuk buatkan dia nampak lebih mewah dan elegan.
Advertisement

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli berkongsi hasrat yang ingin dilakukannya sekiranya berjaya menjernihkan kembali hubungannya bersama usahawan terkenal, Datuk Seri Vida.

Menerusi ciapan di Threads, Iqbal memaklumkan dia mahu mengubah penambila serta imej Vida supaya menjadi lebih minimalis.

Advertisement

“Kalau saya dengan Datuk Seri Vida berbaik kembali, perkara pertama saya mahu buat adalah buang bulu mata dia.
Saya tengok macam tiga inci juga masa di rumah Datuk Aliff hari tu.

“Kedua, saya nak kembalikan penampilan macam zaman saya sebagai P.A dulu, pakaian lebih ringkas, minimal dan hanya dua tone sahaja maksimum. Setuju?,’ kongsinya.

Tambah Iqbal, niatnya itu bukan kerana mahu menghilangkan identiti asal Vida sebaliknya hanya mahu membuatkan bekas kekasihnya itu kelihatan lebih mewah.

Advertisement

Menerusi hantaran yang sama, Iqbal turut memuat naik beberapa foto memaparkan imej Vida yang minimalis sewaktu mereka masih bersama beberapa tahun yang lalu.

“Bukan menghilangkan identiti asal, cuma penampilan lebih minimal. Ini contoh untuk majlis grand, dua tone warna sudah cukup mewah kan?

“Bag tangan itu hadiah dari saya, kalau tidak silap saya beli sekitar RM40,000

“Rasanya pakaian ringkas begini sesekali pun cukup mewah dan nampak lebih bagus kan? Make up juga minimal,” kongsinya lagi.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

Must Watch Video

Advertisement