Ringkasan AI
- Pelakon Isa Khan mengkritik trend ‘Jamilah’ yang tular di media sosial sebagai tidak sopan dan tidak sesuai dikongsi secara terbuka.
- Isa berpendapat trend tersebut memberi gambaran negatif terhadap masyarakat terutama umat Islam.
- Isa menegur individu yang sudah berumah tangga tetapi masih terlibat dalam trend itu tanpa memikirkan maruah diri dan keluarga.
- Kenyataan Isa mendapat sokongan ramai netizen yang bersetuju trend tersebut perlu dihentikan demi menjaga nilai moral masyarakat.
- Trend lagu ‘Jamilah’ kembali popular selepas pelakon Que Haidar memuat naik video menggunakan audio lagu tersebut, diikuti parodi oleh beberapa selebriti dan usahawan.
Pelakon Isa Khan tampil menyuarakan pandangannya berhubung trend ‘Jamilah’ yang tular di media sosial baru-baru dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak sopan dan kurang sesuai untuk dikongsi secara terbuka.
Isa menerusi hantaran terbaharu di platform Threads miliknya berpendapat trend tersebut boleh memberikan gambaran negatif terhadap masyarakat.
“Jamilah? Trend yang memalukan dan menjatuhkan umat islam je. Lelaki dengan tak malunya berbaring atas katil separuh bogel dengan muka miang masing,” luahnya.
Dalam pada itu, Isa juga turut menegur tindakan segelintir individu yang sudah berumah tangga tetapi tetap terlibat dalam trend berkenaan tanpa memikirkan kesan terhadap maruah diri dan keluarga.
“Perempuan pula tak nak kalah dengan comment yang tak senonoh. Masalahnya bini orang pun nak menggatal sekali.
“Masalah paling besar adalah semua yang terlibat ini umat islam. Korang semua ni dah putus urat malu ke apa? Dunia dah akhir zaman,” tulisnya.

Pandangan Isa itu ternyata menerima pelbagai reaksi netizen dan rata-ratanya menyokong kenyataan suami kepada pelakon, Risteena.
Netizen juga bersetuju bahawa trend berkenaan wajar dihentikan demi menjaga nilai moral masyarakat.


Terdahulu, trend lagu berkenaan kembali hangat selepas pelakon, Que Haidar memuat naik video nyanyian menggunakan audio Jamilah di platform Instagramnya sambil baring di atas katil.
Disebabkan itu, pengguna media sosial termasuklah usahawan dan pempengaruh, Datuk Red dan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin turut melakukan parodi lagu tersebut sehingga membuatkan netizen terhibur.