Skip to main content

Hiburan

Isu Konsert RadjaWali Dihentikan, Penganjur Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Pengurusan Lokasi - “Punca Sebenar…”

vfff

Sekilas

  • Penganjur konsert Pentas RadjaWali akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan Idea Live Arena Petaling Jaya susulan penutupan sistem bunyi secara tiba-tiba ketika konsert berlangsung.
  • Masalah teknikal termasuk gangguan sistem tiket dan liputan internet lemah menyebabkan kelewatan dan kesesakan di pintu masuk, bukan disebabkan kelemahan penganjur atau artis.
  • Tindakan pengurusan venue mematikan sistem bunyi pada tengah malam dianggap melanggar peraturan operasi dan berisiko mencetuskan kekacauan, sehingga penganjur kini menilai kerugian untuk tindakan mahkamah.

Susulan insiden penutupan sistem bunyi secara tiba-tiba ketika konsert di Idea Live Arena Petaling Jaya pada 10 Januari lalu, penganjur konsert Pentas RadjaWali iaitu Impian Al Fateh Sdn Bhd dan GIS Entertainment & Events dan Infinity Love Creative Ventures atau ILCV Events bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengurusan lokasi dalam masa terdekat.

Kejadian yang berlaku ketika kumpulan Wali Band menyampaikan lagu ke-10, iaitu Ada Gajah Di Balik Batu menimbulkan perasaan tidak puas hati peminat yang mengecam penganjur tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Rata-rata mereka termasuk pihak luar menyalahkan penganjur dan perkara ini hangat diperkatakan secara berterusan sehingga ke hari ini dah insiden itu menjejaskan reputasi penganjur, barisan artis.

Susulan kejadian tersebut, pihak penganjur sudah mengadakan perbincangan bersama panel peguam dan sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengurusan venue atas faktor kecuaian dan pelanggaran persetujuan.

"Kami ingin menjawab tohmahan mengenai kelewatan acara. Kami mengakui berlaku sedikit kelewatan, namun ia berpunca daripada masalah teknikal di luar kawalan kami dan bukannya disebabkan kelemahan kami semata-mata.

“Punca sebenar kesesakan di pintu masuk adalah berpunca daripada masalah sistem tiket iaitu terdapat gangguan pada sistem penyedia tiket (ticket provider) yang menyebabkan proses pengesahan tiket menjadi perlahan.

"Liputan internet lemah iaitu masalah capaian internet yang sangat lemah di lokasi dewan menyukarkan penonton untuk memaparkan kod QR tiket mereka dan menyukarkan petugas melakukan imbasan.

"Ini mengakibatkan kesesakan luar biasa di pintu masuk sekali gus mengganggu permulaan persembahan yang sepatutnga berlangsung pada masa yang ditetapkan.

"Kelambatan show dimulakan berpunca dari ticketing team yang dilantik oleh Idea Live, permulaan persembahan yang sepatutnya berlangsung pada masa yang ditetapkan. bukan daripada artis," kata wakil penganjur, Mubarak Akhtar Mohd Haris.

Akhtar berkata, siasatan awal dan nasihat guaman mendapati tindakan pihak pengurusan venue menutup bekalan elektrik tepat pada 12 tengah malam adalah satu tindakan unilateral (sebelah pihak) tanpa merujuk atau mendapat persetujuan daripada pihak penganjur terlebih dahul dan amat dikesalkan.

Menurutnya lagi, mereka ingin menjelaskan tiada persetujuan penutupan iaitu tidak wujud sebarang klausa atau persetujuan bersama yang membenarkan pemilik lokasi untuk mematikan sistem bunyi secara mengejut ketika persembahan sedang berlangsung.

"Peruntukan Undang-Undang: Mengikut Enakmen Hiburan (Negeri Selangor) menetapkan acara hiburan yang dijalankan di dalam dewan (indoor) adalah dibenarkan beroperasi sehingga jam 1.00 pagi.

"Justeru, tindakan mematikan sistem bunyi pada 12 tengah malam adalah tidak berasas dan bertentangan dengan kebenaran operasi.

"la boleh mengakibatkan risiko keselamatan iaitu suasana huru hara dikalangan penonton yang sedang menikmati persembahan. Ini isu serius yang melibatkan keselamatan awam. Ia berisiko mencetuskan kemarahan.

"Mujur ia berlaku di negara kita yang mana penonton mash boleh mengawal emosi. Jika di negara lain, mungkin lain jadinya," katanya.

Sementara itu, peguam mewakili penganjur konsert Pentas RadjaWali iaitu Hasshahari Johari Mawi
berkata pihaknya kini sedang memuktamadkan jumlah kerugian yang dialami meliputi kerosakan reputasi serta kerugian untuk dibawa ke mahkamah.

“Pada peringkat ini saya sudah mendapat arahan untuk mengambil tindakan undang-undang. Kita sekarang dalam peringkat akhir untuk tentukan apa kerugian kita sebelum kami teruskan tindakan seterusnya.

“Tindakan undang-undang akan dimulakan sebaik sahaja penilaian penuh, selesai dilakukan. Ia dijangka akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.

Must-Watch Video

Advertisement