Skip to main content

Viral

“Jangan Diam Bila Nampak Kemungkaran” - PU Riz

Astro Gempak pu_riz

Sekilas

  • PU Riz menegaskan bahawa umat Islam wajib mencegah kemaksiatan sama ada dengan tindakan, lisan, atau hati sebagai tanda iman.
  • Beliau mengingatkan bahawa maksiat yang dilakukan secara terbuka lebih berat kesannya dan umat Islam perlu ada sifat malu terhadap perbuatan tersebut.
  • PU Riz menyeru masyarakat supaya tidak mengorbankan nilai agama demi keuntungan dunia dan menekankan pentingnya menjaga keseimbangan dalam kehidupan bermasyarakat.

Pendakwah bebas terkenal Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih popular disapa PU Riz tampil memberikan pandangan berhubung isu sebuah program yang berlangsung di sekitar Bukit Bintang yang mencetuskan perhatian ramai baru-baru ini.

Menurut PU Riz, sebarang aktiviti yang mempunyai unsur kemaksiatan tidak seharusnya dipandang ringan, sebaliknya perlu dicegah sebagai tanggungjawab bersama dalam kalangan umat Islam.

“Sebagai umat Islam, kita diajar bahawa sesiapa yang melihat kemungkaran, maka wajib baginya untuk mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisan, dan jika tidak mampu juga, maka dengan hati dan itulah selemah-lemah iman,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa prinsip tersebut menjadi asas penting dalam kehidupan bermasyarakat, khususnya apabila perkara yang bertentangan dengan ajaran agama berlaku secara terbuka.

Dalam masa sama, PU Riz turut menegaskan bahawa perbuatan maksiat yang dilakukan secara terang-terangan adalah lebih berat kesannya berbanding yang dilakukan secara sembunyi.

“Rasulullah SAW menyebut bahawa semua umatnya akan diampunkan kecuali mereka yang melakukan dosa secara terang-terangan. Justeru, kita perlu ada sifat malu dan tidak berbangga dengan perbuatan maksiat,” jelasnya.

Tambahnya lagi, masyarakat perlu lebih berhati-hati agar tidak mengutamakan kepentingan dunia semata-mata sehingga mengabaikan nilai agama.

“Janganlah kerana keuntungan dunia, kita sanggup mengorbankan perkara yang melibatkan akhirat. Keseimbangan itu penting,” katanya.

Mengakhiri kenyataannya, PU Riz menekankan bahawa kesejahteraan sesebuah masyarakat bergantung kepada sejauh mana ia menjaga nilai dan menjauhi perkara yang membawa kepada kemungkaran.

“Negara yang baik adalah negara yang menjaga nilai dan menjauhkan kemungkaran. Dari situlah datangnya keberkatan dalam kehidupan,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement