Skip to main content

Indonesia

Jefri Nichol Dihina Pendosa Tak Layak Tunai Umrah, Rakan ‘Back Up’: “Terus Kenapa?”

Astro Gempak jefri (1)

Sekilas

  • Jefri Nichol dikecam netizen kerana niatnya untuk menunaikan umrah bersama rakan, Abidzar Al Ghifari, disifatkan tidak layak kerana dianggap banyak dosa.
  • Abidzar mempertahankan Jefri dengan berkongsi kisah ayahnya, Ustaz Jefri Al Buchori, yang pernah lalui fasa gelap sebelum berhijrah dan menjadi pendakwah terkenal.
  • Abidzar menegaskan tiada siapa berhak menghakimi niat seseorang untuk beribadah dan mengajak rakan menunaikan umrah sebagai usaha untuk berubah ke arah lebih baik.
Advertisement

Hasrat pelakon Jefri Nichol untuk menjadi tetamu Allah dalam rombongan umrah yang disusun rakannya, Abidzar Al Ghifari menerima kritikan dan kata-kata sinis oleh segelintir pengguna media sosial.

Menerusi komen yang ditinggalkan pada perkongsian poster Abidzar tentang perjalanan umrahnya yang akan disertai ibu, Umi Pipik serta Bryan Domani, Jefri dihina tidak layak menjejakkan kaki ke Tanah Haram kerana dirinya banyak dosa.

Advertisement

Berang dengan komen yang diberikan, Abidzar bersuara bagi pihak Jefri. Katanya tidak wajar seseorang dihakimi ketika memiliki niat untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

"Terus kenapa? Memang tidak ada kesempatan buat pendosa untuk tunai umrah?,” jawab Abidzar seperti dilaporkan Viva.co.id.

Bintang filem A Business Proposal itu kemudian berbagi kisah tentang perjalanan hidup arwah ayahnya, Ustaz Jefri Al Buchori atau Uje. Menurut Abidzar, ayahnya juga pernah berada dalam fasa kehidupan yang jauh dari agama sebelum akhirnya berhijrah dan menjadi salah satu pendakwah yang dicintai masyarakat Indonesia.

“Ayah saya, Uje. Dia dulu tersesat di dunia maksiat. Dia pernah cuba semua benda tidak baik. Tapi apabila dia meninggal dunia, ratusan ribu orang yang menghantar dan ziarah dia buat kali terakhir,” katanya.

Abidzar juga mengingatkan bahawa perjalanan setiap manusia berbeza-beza dan seseorang manusia tidak berhak untuk menentukan siapa layak atau tidak layak beribadah.

Baginya, mengajak rakan untuk umrah merupakan bentuk dukungan agar seseorang boleh berubah menjadi lebih baik.

“Apa yang akan jadi di depan hari biar dia sendiri uruskan. Apa yang penting niat kita baik bawa orang tunai umrah,” tambahnya lagi.

‘Pembelaan’ yang dibuat Abidzar kemudian mendapat sokongan ramai netizen yang menyifatkan adalah keterlaluan untuk menghakimi seseorang hanya kerana melihat pada luaran mereka.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement