Skip to main content

Hiburan

Kalau Puteri Balqis Kena Saman, Nur Nilam Sedia Tanggung Kos Guaman - "Saya Akan Bantu Hire..."

Nur Nilam

Pelakon dan usahawan, Nur Nilam Ortiz menyatakan kesediaannya untuk membantu aktres, Puteri Balqis dari segi perundangan sekiranya dia atau ahli keluarga berdepan dengan tindakan saman.

Menurut Nilam, dia akan cuba mendapatkan Puteri Balqis peguam yang baik dan menanggung semua kos guaman sehingga kes itu selesai.

“Kalau betul Puteri Balqis disaman, saya akan bantu hire peguam yang baik dan menanggung semua kos guaman sehingga selesai, semata-mata untuk pastikan dia dan mak dia dipertahankan dengan sebaiknya.

“Orang yang banyak luka biasanya berani bercakap sebab dah terlalu lama diam,” katanya.

Nilam turut menyifatkan Puteri Balqis atau Aqish sebagai seorang anak yang baik dan berpendirian, terutama apabila melibatkan maruah serta kebenaran.

Dalam pada itu, Nilam juga berharap Aqish tahu bahawa sokongan sentiasa ada sekiranya diperlukan, sambil merayu orang ramai agar tidak terus mengganggu pelakon muda itu dan keluarganya.

“Daripada apa yang saya lihat, Puteri Balqis adalah seorang budak yang baik. Bila melibatkan maruah dan kebenaran, perkara itu memang perlu dipertahankan. Kalau dia perlukan apa-apa, saya harap dia tahu cara untuk hubungi saya. Tolong jangan ganggu dia, biarkan mereka tenang,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada Nilam kerana sudi membantu Aqish sekiranya berdepan tindakan tersebut. 

Terdahulu, Puteri Balqis mendakwa dia dan keluarga berkemungkinan berdepan tindakan saman akibat kontroversi membabitkan rakan selebriti.

Menerusi perkongsian Instagram Story (IGS), Puteri Balqis mendakwa menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp yang antara lain menyebut tindakan undang-undang mungkin diambil terhadap mereka.

Sekadar info, Puteri Balqis mendakwa Mia Sarah Nasuha, 21, pernah mengaib serta menghina ibunya, Norashikin Abdul Aziz, sehingga memberi kesan yang mendalam terhadap kesihatan mental ibunya itu.

Aqish turut mendakwa wujud insiden membabitkan perbuatan membuli di set penggambaran beberapa tahun lalu selain berkongsi pernah diketepikan ketika ingin bergambar bersama peminat kerana dianggap kurang dikenali ketika itu.

Must-Watch Video

Advertisement