Skip to main content

Hiburan

“Kami Memang Bercinta Tapi Dalam Filem Tarung: Unforgiven” - Aedy Ashraf & Azira Shafinaz

“Kami Memang Bercinta Tapi Dalam Filem Tarung: Unforgiven” - Aedy Ashraf & Azira Shafinaz

Sekilas

  • Aedy Ashraf menegaskan hubungannya dengan Azira Shafinaz hanya sebagai kawan baik walaupun kemesraan mereka dalam filem Tarung: Unforgiven mencetuskan spekulasi cinta lokasi.
  • Kedua-dua pelakon itu menafikan dakwaan cinta lokasi dan menjelaskan keserasian mereka memudahkan kerjasama sepanjang penggambaran.
  • Aedy dan Azira tercalon dalam Top 5 Pelakon Pembantu Terbaik FFM 35, dengan filem Tarung: Unforgiven menerima 10 pencalonan keseluruhan.
Advertisement

Pelakon, Aedy Ashraf menegaskan hubungannya dengan pelakon, Azira Shafinaz hanyalah kawan baik meskipun kemesraan mereka mencetuskan dakwaan mengatakan mereka sedang hangat bercinta.

Menurut Aedy atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, hubungan rapat itu terjalin menerusi lakonan mereka sebagai pasangan kekasih dalam filem Tarung: Unforgiven.

Advertisement

“Kita memang bercinta tapi dalam filem Tarung: Unforgiven sahaja. Tetapi, secara realitinya tidak kami hanya kawan baik dan sangat rapat.

“Saya rasa lakonan Azira yang sangat mantap dalam filem itu betul-betul memberikan impak kepada penonton sampai ada yang rasa kami berdua ini bercinta.

“Tambahan pula kami juga selalu keluar meluangkan masa bersama kawan-kawan yang lain di luar, jadi mungkin daripada itu timbul salah faham,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Aedy berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian dan pengumuman Top 5 Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-35 di Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Damansara, pada Sabtu.

Mengulas dakwaan mereka terjebak dalam cinta lokasi, Aedy menafikan perkara itu dan menyifatkan keserasian yang terjalin memudahkan mereka bekerjasama sepanjang penggambaran.

“Tidak sama sekali (terjebak cinta lokasi). Tapi kami bekerjasama dengan cara yang sangat menyeronokkan,” katanya.

Sementara itu, Azira atau nama lengkapnya, Azira Shafinaz Ramlan berpendapat tanggapan tersebut mungkin timbul kerana penonton mengharapkan kemesraan mereka dalam filem turut berlaku di luar layar.

“Saya rasa orang salah tafsir. Sudah tentu bila mereka menonton filem Tarung: Unforgiven, mereka mengharapkan apa yang dilihat dalam filem itu turut berlaku dalam realiti.

“Tapi sebenarnya tidak, kami memang kawan baik,” tambah Azira.

Sebelum ini, Aedy dan Azira menjadi bualan netizen apabila sering dilihat meluangkan masa bersama, termasuk menghadiri beberapa majlis sehingga menimbulkan persoalan mengenai status hubungan mereka.

Dalam perkembangan lain, kedua-dua pelakon itu turut tercalon dalam kelompok Top 5 kategori Pelakon Pembantu Terbaik FFM 35 menerusi lakonan masing-masing dalam Tarung: Unforgiven.

Filem aksi arahan Razaisyam Rashid itu turut mencuri perhatian dalam senarai pencalonan apabila memperoleh 10 pencalonan daripada 25 kategori yang dipertandingkan.

Mengangkat tema Spektrum Sinema, FFM 35 bakal berlangsung di Istana Budaya (IB) pada 21 November depan.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement