Skip to main content

Hiburan

Lancar Baca Ad-Dhuha Tanpa Tengok Teks, Anak Sulung Eyra Hazali Raih Pujian Netizen - “Wah Pandai Bakal Menantu Saya Mengaji”

Eyra Hazali

Sekilas

  • Muhammad Hayder Qhalish, anak sulung Eyra Hazali, tular selepas video bacaan surah Ad-Dhuha oleh dirinya yang lancar dan tanpa melihat al-Quran menjadi perhatian ramai.
  • Hayder yang berusia 6 tahun menunjukkan kebolehan menghafal surah tersebut ketika menyertai program Nuzul Al-Quran baru-baru ini.
  • Eyra dan suaminya, penjaga gol Kuching City FC Haziq Nazli, dikurniakan tiga cahaya mata termasuk Hayder, Muhammad Endra Haqimie dan Muhammad Eskandar.

Anak sulung kepada pelakon, Eyra Hazali iaitu Muhammad Hayder Qhalish menyorot perhatian ramai apabila video dirinya lancar membaca surah Ad-Dhuha tular di media sosial.

Menerusi video dimuat naik @kinderlive.hq, Hayder dilihat begitu lancar membaca surah tersebut ketika terlibat dengan program Nuzul Al-Quran, beberapa jari yang lalu.

Lebih mencuri perhatian, Hayder yang baru berusia 6 tahun itu dilihat seperti suah menghafal surah tersebut kerana sama sekali tidak melihat ke arah al-Quran yang telah dibuka dihadapannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dan memuji kehebatan Hayder yang hebat mengaji al-Quran dikala usianya yang masih kecil.

Sekadar info, Hayder merupakan anak sulung kepada Eyra dan penjaga gol pasukan Kuching City FC Haziq Nazli.

Selain Hayder, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2019 ini turut dikurniakan dua orang cahaya mata lagi iaitu Muhammad Endra Haqimie dan Muhammad Eskandar.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement