Pempengaruh Indonesia, Tasya Farasya menggemparkan peminat apabila telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Ahmad Assegaf, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Namun, yang menjadi perhatian bukan hanya keputusan Tasya untuk menamatkan perkahwinan itu, sebaliknya tindakannya yang menuntut nafkah hanya Rp100 (kira-kira RM0.03) sebagai bentuk tanggungjawab Assegaf kepada anak-anak mereka.
Advertisement
Menurut wakil pihak Tasya, keputusan itu dibuat kerana pempengaruh kecantikan tersebut merasakan dirinya tidak pernah menerima nafkah sepanjang tujuh tahun perkahwinan mereka.
“Dalam tuntutan kami, jumlah nafkah yang diminta hanyalah Rp100 kerana selama ini ibu Tasya merasakan tidak pernah ada nafkah diberikan sepanjang tempoh mereka berkahwin. Jadi lebih baik tuntutan dibuat sebagai simbol tanggungjawab terhadap anak-anak,” katanya.
Tindakan simbolik itu nyata menarik perhatian ramai, malah netizen menyifatkan langkah Tasya sebagai cara berkelas untuk menyindir suami yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya.
“Dengan bawak beg Hermes ke mahkamah untuk tuntuk 100 rupiah=RM0.03. Ini perempuan memang idola.
“Dia ibarat 100 ribu tu 10ringgit Malaysia. Bayangkan kita tuntut 10ringgit je nafkah dekat mahkamah. Memang malu teruk laki . kalau tak mampu bayar lagi malu huhu.
“Seposen pun tak sampai hahah,” komen beberapa netizen.
Selain isu nafkah, kehidupan peribadi Tasya juga menjadi bualan hangat apabila dia tetap tampil anggun dan penuh keyakinan selepas membuat keputusan besar untuk menamatkan rumah tangganya.