Adik kepada Neelofa yang juga pempengaruh media sosial Ameera Khan mencuri perhatian umum menerusi kemas kini terbaharu di Instagramnya pada Ahad.
Dalam hantaran terbabit, Ameera atau turut dikenali sebagai LMK (Litte Miss Khan) tampil berjubah dan bertudung hitam di samping kekasihnya, pelakon popular Indonesia iaitu Jefri Nichol.
Advertisement
Dengan menulis kapsyen berbahasa Arab berbunyi قدر جميل, maksud kata-kata itu juga boleh diertikan sebagai ketentuan yang baik.
Penampilan kedua-dua pasangan merpati dua sejoli itu mencetuskan spekulasi bahawa kedua-duanya dalam fasa perancangan ke arah mendirikan mahligai bahagia bersama.
Ada yang beranggapan Ameera dan Jefri sedang menghadiri kursu pra-perkahwinan.
"Kursus kahwin," tulis @eyna_ahil.
"Wow out of the blue?? What is this for? Are you guys currently preparing a wedding or what??? Please give us more vlogs we need an update!" tulis @misssummer801.
"Kan manis berhijab, semoga jodoh berkekalan dan dipermudahan segala urusan," tulis @shalawatiabdghani.
"Mirip semoga berjodoh ya," tambah @rinamarnis.

Namun, ada juga yang berpendapat kedua-duanya hadir ke majlis agama keluarga.
"Rasanya tak kot, diorang g majlis birthday anak sepupu dia yg Tania tu," tulis warganet lain.