Skip to main content

Hiburan

Nadhir Nasar Tak Fikir Panjang Terima CHELOT, ‘All Out’ Demi Watak Chacko - “Adrian Nak Saya Botak, Rambut Oren…”

Nadhir Nasar

Sekilas

  • Nadhir Nasar terima tawaran berlakon dalam filem CHELOT selepas tahu akan bergandingan dengan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy dan Shaheizy Sam.
  • Dia sanggup ubah penampilan ikut arahan pengarah Adrian Teh demi watak Chacko yang penting dalam plot filem tersebut.
  • Nadhir kongsi pengalaman pertama pegang senapang sebenar dan menjalani latihan intensif sebelum penggambaran bermula.
Advertisement

Pelakon Nadhir Nasar mengakui tidak teragak-agak menerima tawaran membintangi filem CHELOT arahan Adrian Teh selepas mengetahui bakal digandingkan dengan barisan pelakon hebat tanah air.

 

Advertisement

Menurut Nadhir, meskipun watak sebagai Chacko, yang dibawakan tidak terlalu besar, ia memainkan peranan penting dalam menggerakkan plot filem berkenaan.

 

“Watak itu tak ada la besar sangat, tak ada la kecil sangat tapi ia penting. Watak itu membawakan plot-plot dalam cerita CHELOT.

 

“Bila Adrian beritahu saya akan bergandingan dengan Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Shukri Yahaya, Azhan Rani dan saya terus cakap, ‘stop, count me in’,” kongsinya kepada Gempak.

 

Tambah Nadhir, dia juga sanggup mengikut segala permintaan Adrian termasuk mengubah penampilannya demi memastikan karakter yang dibawakan benar-benar menepati kehendak pengarah.

 

“Itu semua pilihan yang dibuat oleh Adrian. Dia nak saya botak, saya botak. Adrian nak saya rambut oren, saya buat rambut jadi oren dan bila Adrian nak saya ada parut di muka, saya terus kata okey.

 

“Alhamdulillah, orang menyukainya. Alhamdulillah juga dan saya di sini pun untuk menimba ilmu. Bukan hanya sekadar untuk bersuka ria bersama abang-abang saya.

 

“Berada bersama mereka dan mengambil serba sedikit apa yang saya boleh belajar untuk masa-masa akan datang sebagai seorang aktor,” katanya.

 

Dalam pada itu, Nadhir turut berkongsi pengalaman pertamanya memegang senapang sebenar ketika menjalani penggambaran CHELOT.

 

Menurutnya, dia pada awalnya menyangka senjata yang digunakan hanyalah prop biasa, namun terkejut apabila dimaklumkan ia merupakan senapang sebenar.

 

“Ini adalah kali pertama yang saya memegang senapang. Saya ingatkan ia hanya senapang biasa, tapi rupa-rupanya senapang yang betul.

 

“Jadi memang saya ambil peluang untuk lakukannya. Bila lagi saya boleh pegang senapang betul, kan? Memang gementar.

 

“Sebulan kita training untuk menembak. Selain itu, ada kelas lakonan juga sebanyak dua kali bersama barisan pelakon lain. Dalam sebulan itu memang macam-macam kami training,” katanya lagi.

 

Filem Chelot bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 27 Ogos 2026.

 

Selain Adrian Teh sebagai pengarah, filem ini turut membariskan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin, Azhan Rani dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video

Advertisement