Skip to main content

Hiburan

Nama Amira Othman Paling Banyak Dicari Tahun 2025 - “Saya Sangat Harap Carian Itu…”

Amira Othman

Nama penyanyi, Amira Othman mencatatkan pencarian tertinggi dalam senarai Top Search Google Malaysia 2025 bagi kategori 'People'.

Ketika dihubungi radio ERA, Amira berharap carian berkaitan dirinya adalah perkara yang positif serta membawa kebaikan.

“Saya sangat harap carian itu carian yang baik-baiklah tentang diri saya. Saya rasa apa yang berlaku sepanjang 2025, baik yang manis mahupun pahit, semuanya wajar kita syukuri kerana itulah perjalanan hidup.

“Mudah-mudahan 2026 menjadikan kita insan yang lebih baik dan lebih bermanfaat. Sebenarnya elemen utama dalam hidup kita adalah diri sendiri, jadi saya harap kita semua menjadi versi diri yang lebih baik, di dunia dan akhirat. Amin,” katanya.

Dalam senarai Top Search Google Malaysia 2025 kategori People, Amira Othman menduduki tangga pertama, diikuti oleh aktivis iklim antarabangsa Greta Thunberg, penyanyi Naim Daniel, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, serta ahli politik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sementara itu, dalam kategori drama televisyen, naskhah lakonan Ezzanie Jasny dan Niezam Zaidi berjudul Dia Bukan Syurga berjaya mencipta fenomena tersendiri apabila tersenarai dalam 10 drama paling banyak dicari di Google Malaysia sepanjang tahun 2025.

Bagi kategori filem, Blood Brothers muncul sebagai filem paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia, mengatasi judul-judul antarabangsa lain seperti Superman, Thunderbolts, Final Destination dan How To Train Your Dragon.

Selain hiburan, carian berkaitan isu semasa dan bantuan kerajaan turut menjadi tumpuan apabila Sumbangan Asas Rahmah, Budi95 dan MyKasih antara topik yang paling kerap dicari oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun lalu.

Must-Watch Video

Advertisement