Skip to main content

Indonesia

Nathalie Holscher Dikritik Doa Minta Kahwin Lelaki Muda, Beg Birkin Masa Umrah

Astro Gempak nathalie (2)

Sekilas

  • Selebriti dan DJ Nathalie Holscher sedang menunaikan umrah di Mekah dan berkongsi beberapa video serta foto di Instagram.
  • Dalam salah satu doanya di depan Kaabah, Nathalie memohon dipertemukan jodoh yang lebih muda, anaknya menjadi kaya, dan memiliki tas tangan jenama impian.
  • Nathalie menjelaskan doa yang dikongsi hanyalah sebahagian kecil dan menegaskan doa yang khusyuk tidak perlu didedahkan kepada umum.

Selebriti dan DJ Nathalie Holscher diketahui sedang menunaikan umrah saat ini. Aktiviti tersebut diketahui selepas mantan isteri Sule ini membuat beberapa siri perkongsian foto dan video dirinya sedang berada di kota suci Mekah di akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun, perkongsian Nathalie menuai pro dan kontra apabila dia memberitahu antara doa yang dipanjatkan di depan Kaabah. Dalam doanya, Nathalie meminta dipertemukan dengan jodoh yang lebih muda dan menyayangi anak lelakinya, Adzam, menjadi kaya serta memiliki tas tangan daripada jenama impian.

"Mau jodoh ya Allah. Yang berondong ya Allah. Yang berondong yang banyak duit ya Allah. Rumahnya di Menteng, Pondok Indah ya Allah," ucap Nathalie Holscher dalam video tersebut, dilapor MPN Indonesia pada Rabu.

Dalam pada itu, Nathalie turut memanjatkan doa untuk kebahagiaan bersama anaknya.

"Yang sayang sama aku, sayang sama anakku, Ya Allah.

"Fulus, fulus, wang yang banyak. Tas Birkin Ya Allah, tas Birkin," kata Nathalie seperti dilaporkan InsertLive.

Perkongsian itu kemudian dikritik dan dianggap bersifat duniawi.

Tidak berdiam diri, Nathalie menjelaskan apa yang ditulis di media sosial hanya sebahagian kecil daripada banyaknya doa yang lebih besar yang dipanjatkan sepanjang menunaikan umrah.

"Doa yang khusyuk tidak perlu kalian tahu. Cuma isi satu doa ini saja yang kalian boleh tahu. Saat tawaf terakhir sebelum pulang. Cuma lihat video beberapa detik langsung bilang begitu? Kocak! Yang khusyuk nggak perlu kalian tahu isi doanya," balas Nathalie Holscer.

Anda mungkin berminat dengan

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Kurung Riau Klasik Linen Nude

KURTA PETAK TELUK BELANGA TRADITIONAL LENGAN TIGA SUKU MATERIAL GERMANY COTTON

KURTA PETAK TELUK BELANGA TRADITIONAL LENGAN TIGA SUKU MATERIAL GERMANY COTTON

Ready Stock Kargo Pants Men Fit Cargo Pant Men Korean Style Seluar Cargo Lelaki Seluar Kargo Lelaki Slim Fit Black Seluar Cargo Lelaki Slim Fit Working Pants Seluar Poket Tepi Lelaki Plus Size

Ready Stock Kargo Pants Men Fit Cargo Pant Men Korean Style Seluar Cargo Lelaki Seluar Kargo Lelaki Slim Fit Black Seluar Cargo Lelaki Slim Fit Working Pants Seluar Poket Tepi Lelaki Plus Size

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Must-Watch Video

Advertisement