Sekilas
- Syahidah Ismail terangkan dua jenis fitnah iaitu fitnah bertulis (libel) dan fitnah lisan (slander) yang biasa berlaku di media sosial dan perbualan mulut ke mulut.
- Fitnah bertulis mudah dibuktikan kerana bukti digital seperti hantaran, komen, dan artikel boleh digunakan dalam tindakan undang-undang.
- Syahidah nasihatkan netizen supaya berhati-hati dan fikir dulu sebelum memuat naik apa-apa hantaran agar tidak terjerat dengan kes fitnah.
Seorang peguam yang dikenali sebagai Syahidah Ismail berkongsi mengenai isu fitnah khususnya yang berkaitan dengan hantaran di media sosial.
Menerusi platfrom Threads, Syahidah menjelaskan bahawa fitnah terbahagi kepada dua, iaitu fitnah bertulis (libel) dan fitnah secara lisan (slander).
“Secara ringkas, fitnah ada dua bentik; libel iaitu fitnah bertulis seperti hantaran di media sosial, WhatsApp, komen dan artikel.
“Ini kes yang biasa berlaku dan senang dibuktikan sebab bukti dah kukuh.
“Yang kedua ialah slander iaitu fitnah secara lisan (cakap mulut ke mulut),” kongsinya.
Perjelasnya lagi, satu ayat mahu perkataan yang dikeluarkan boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya mempunyai elemen fitnah yang mencukupi.
Justeru, Syahidah menasihati orang ramai untuk sentiasa berhati-hati ketika memuat naik apa-apa hantaran supaya tidak terkandung dalam elemen fitnah.
“Dalam dunia digital hari ini, satu ayat pun boleh jadi kes mahkamah.
“Jadi, nasihat saya kepada netizen semua, fikir dulu sebelum post. Jaga kata-kata,” kongsinya lagi.

Sumber: Threads