Skip to main content

Hiburan

Penampilan Cik B Makin Kurus & Glowing, Ramai Peminat Minta Tips - “Teruskan Jangan Give Up…”

cik b

Penampilan terbaharu pempengaruh media sosial, Cik B mencuri perhatian warganet apabila kelihatan semakin kurus dalam sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok baru-baru ini.
 

Menerusi video berdurasi pendek itu, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida tersebut menyertai trend TikTok menggunakan lagu NovaX nyanyian kumpulan popular Korea, NewJeans.

Advertisement

Namun apa yang menjadi tumpuan bukanlah tarian atau gaya yang dipersembahkan, sebaliknya perubahan fizikal Cik B yang jelas kelihatan lebih kurus berbanding sebelum ini.

 

@cikb_havoc Entoh le kome #fyp #cikb #tiktokmalaysia ♬ original sound - Frederico Genciana 🤬

Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai reaksi netizen yang teruja dengan perubahan tersebut, malah tidak kurang juga yang meminta Cik B berkongsi tip penurunan berat badan.

 

“Dah makin kurus, makin glowing… dah nampak sama muka kacak.

“Cik B dah kurus… Cik B share la journey. (Walaupun saya tahu nanti saya save je, buatnya tunggu taktahu bila),” komen beberapa netizen.

Sementara itu, ada juga yang memberi kata-kata semangat agar Cik B terus mengekalkan momentum sehingga mencapai berat badan ideal.

“Cik B masih perlu dalam 10-15 kilogram lagi untuk dibuang. Dah dapat berat ideal, maintain saja. Alang-alang buat terus fokus.

“Dah kurus dan nampak muka makin lembut… cantik!,” puji pengguna lain.

Must-Watch Video

Advertisement