Skip to main content

Filem

Penonton Jangan Libang Libu, Tidak Normalisasi ‘Lelaki Lembut’, Satira buat Masyarakat

Astro Gempak beto libang (1)

Sekilas

  • Filem Libang Libu mengangkat tema huru hara dengan 29 pelakon termasuk Beto Kusairy yang mengajak penonton menonton tanpa ekspektasi tinggi.
  • Walaupun ada kekurangan dalam loghat Perak, lakonan dan komitmen pelakon berjaya menutup kelemahan tersebut sambil menyampaikan mesej satira sosial dan budaya popular.
  • Filem ini tidak menormalisasi budaya songsang, sebaliknya menampilkan watak lelaki lembut sebagai sifat dalam masyarakat, sambil mengajak penonton menikmati hiburan secara santai tanpa terlalu serius.

Libang Libu adalah loghat Perak yang bermaksud huru hara, gelisah, tak senang duduk atau tidak tentu hala.

Maka, apabila penonton keluar panggung dengan pelbagai perasaan bercelaru selepas menonton filem berjudul Libang Libu, satu kata yang paling sesuai untuk disimpulkan adalah — mesej pengarah, Bobby Husaini, penulis skrip, barisan aktor dan aktres serta seluruh produksi filem ini sampai ; Libang Libu - huru hara.

Penonton keluar panggung dengan rasa huru hara. Ada yang bengang sebab rasa Libang Libu yang dibarisi 29 pemain industri berprolifik termasuk Beto Kusairy pemegang peranan Along Alid ini sebagai naskhah yang ‘tak best langsung’.

Dan Beto, seperti dalam ciapan di media sosial serta kenyataan yang diberikan, beliau tidak kisah dengan komen penonton. Namun apa yang diingat dan dipentingkan Beto adalah pergi menonton Libang Libu dengan hati terbuka serta tanpa ekspektasi macam Gunung Kinabalu.

Beto juga mengaku ada kekurangan dari segi pengucapan dialog atau loghat Perak, namun katanya: “Kekurangan itu ditutup dengan keberkesanan lakonan dan komitmen semua pemain.”

Dan lagi, katanya yang seronok berlakon dengan ‘kawan-kawan’, semua karakter dalam Libang Libu boleh berdiri atau hidup sendiri. Sementelah mereka bukan pemain komedi tetapi telah mengalir darah seni ; yang jika dicampak apapun watak, semua akan menjadi dan berkualiti.

“Sebab tidak ada pelakon yang cuba ‘bunuh’ karakter satu sama lain. ‘Time’ Fikry Ibrahim perlu shine, kita bagi dia shine,” ujar Beto lagi.

Tidak mustahil akan wujud spin off watak Along Alid atau Shakur Rahman (Fikry Ibrahim), Man Filem (Amerul Affendi) atau Pok Yie (Sabri Yunus). Beto, menyambut dengan ketawa, menjadi tanda tidak mustahil permintaan peminat direalisasikan jika cukup bajet nanti.

Paling mengujakan tentang Libang Libu adalah di sebalik ‘tak best langsung’ filem ini, naskhah yang ditulis oleh Aloy Paradoks ‘and the geng’ sarat dengan ‘pop culture’ atau budaya popular yang digarap berlapis-lapis baik dari segi dialog sehingga persekitaran lalu menjadi trend.

Penyampaiannya pula melalui satira. Satira biasanya digunakan dalam banyak penghasilan naskhah berfungsi sebagai bentuk sindiran kepada masyarakat atau bahasa mudah, kritikan sosial.

Kalau anda faham, anda akan faham, jika tidak, penonton masih boleh berasa geli hati dengan humor yang dipersembahkan kerana memang terjadi dalam kehidupan seharian.

Tapi terus-terang sebagai orang industri, mesti boleh ‘relate’ dengan pengucapan ayat seperti ‘Vazz kau nyah’ atau seringkas ‘Thank You, tau’ ; dibaca dalam tonasi seperti selalu digunakan orang industri.

Bercakap tentang watak-watak yang ditonjolkan seperti lembut, Beto menafikan Libang Libu menjadi medium menormalisasikan budaya songsang atau sealirannya.

“Kalau saya cakap, nanti ini yang dipetik. Libang Libu bukan mahu normalisasikan LGBT Q, R, S atau sealirannya.

“Menerusi watak-watak yang ditonjolkan seperti lelaki lembut, ia bukan hanya tentang dalam industri tetapi wujud dalam masyarakat.

“Namun kita juga sampaikan, lembut tidak sepertinya songsang. Ia hanya sifat tapi nalurinya tetap kepada fitrah, berkahwin dan sebagainya,” tegas Beto memperjelas watak ‘lembut’ yang dimainkan antaranya Zahiril Adzim (Amir Daniel) dan jurusolek iaitu Azhan Rani.

Atau tengoklah bagaimana kritik sosial tentang sikap manusia  yang suka menghukum, bermuka-muka dalam masyarakat yang dipersembahkan Libang Libu dengan penuh canda adalah mesej yang sepatutnya difahami — bukan mencari salah itu atau kurang ini.

Okay, mari sokong filem lokal. Tidak perlu bedah mesej satira atau berasa FOMO (fear of missing out) kerana semua orang bercakap tentangnya. Tapi pergilah tonton sebagai ‘pure entertainment’ nak tengok ‘Anje Anje Baby Timah Lebor (Nabila Huda) atau Syazwan Zulkifly (Kapak) jadi tukang kutip hutang sebagai cara berehat.

Kalau lawak, ketawa, jika tidak abaikan. Jangan ‘libang libu’ kan otak.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must-Watch Video

Advertisement