Skip to main content

Hiburan

Raih Dua Anugerah AIM25, ALPHA Anggap Pengiktirafan Sebagai Pembakar Semangat - “Rasanya Ini Bukan Kali Terakhir…”

ALPHA

Sekilas

  • Kumpulan ALPHA berjaya memenangi dua anugerah utama di Anugerah Industri Muzik ke-25 iaitu Artis Baharu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik.
  • Rizal mewakili kumpulan menyifatkan kemenangan itu sebagai hadiah besar dan motivasi untuk terus kukuhkan kedudukan dalam industri muzik tempatan.
  • Ariel Fesol mengakui tekanan dan tanggungjawab sentiasa ada sejak debut, dan kemenangan ini menjadi suntikan semangat untuk hasilkan karya lebih baik buat peminat.
Advertisement

Memenangi dua anugerah utama pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), kumpulan ALPHA meluahkan rasa syukur atas kemenangan tersebut. 

 

Advertisement

Mewakili kumpulan, Rizal menyifatkan kemenangan itu sebagai hadiah besar yang menjadi pembakar semangat buat mereka untuk terus mengukuhkan kedudukan dalam industri muzik tempatan.

 

"Pertama sekali, Alhamdulillah kita dah berjaya memperolehi dua anugerah AIM. Jadi, tu rasanya hadiah yang sangat besar untuk kita semua sebagai Alpha untuk mengekalkan lagi kita dalam industri. 

Advertisement

 

“Jadi, rasanya ini bukan kali terakhir untuk kita, untuk memperolehi anugerah. Harapnya kita akan dapat lagi lepas ini, InsyaAllah dengan hasil kerja keras kita dan usaha kita,” kata Rizal kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, Ariel Fesol mengakui tekanan dan harapan peminat terhadap kumpulan itu sudah dirasai sejak hari pertama mereka membuat kemunculan sebagai sebuah ‘boy group’

 

Menurut Ariel, kejayaan meraih anugerah bukanlah permulaan kepada tekanan baharu, sebaliknya hadir bersama tanggungjawab yang perlu digalas oleh setiap anggota.

 

"Saya rasa kalau kita nak bercakap soal tekanan tu bukanlah bila kita dah menang anugerah baru nak ada tekanan. Sudah tentu setiap pencapaian datang sekali dengan tanggungjawab dan tekanan. 

 

“Bila bercakap soal tekanan dan jangkaan peminat terhadap Alpha, bukan bermula dari kita menang sesuatu anugerah tapi dari hari pertama lagi kita debut sebagai Alpha. 

 

“Sebab cabaran kita untuk nak memperkenalkan jenama Alpha sebagai boy group, untuk orang terima… sampai hari ini kita masih dalam proses untuk semua orang biasa. 

 

“Jadi saya rasa tekanan tu sentiasa ada sebabkan Alpha kita selalu nak perbaiki dan membetulkan apa benda yang kita rasa kurang sebab kita rasa setahun lebih ni belum cukup lagi apa yang kita nak pamerkan,” kata Ariel. 

 

Tambah Ariel, mereka menyimpan hasrat untuk terus bertahan lama dalam industri muzik dan menjadikan kemenangan itu sebagai suntikan semangat untuk menghasilkan karya yang lebih baik buat peminat.

 

“Kita nak nak berada dalam industri di jangka masa yang lama so jadi bila menang anugerah dia datang dengan tanggungjawab dan seiring dengan semangatlah. 

 

“Semangat tu yang buatkan kita rasa macam let's do this guys, kita buat lagi, kita buat lagi. Kita tidak mengharapkan anugerah tapi bila ada benda tu dia bagi kita semangat untuk kita nak buat lagi best lah. Bukan untuk siapa-siapa, untuk peminat yang menghargai kita, Alphanites,” ujarnya lagi. 

 

Untuk rekod, ALPHA memenangi dua anugerah iaitu Artis Baharu Terbaik(menerusi lagu Mona Lisa Bang Bang) dan Lagu Pop Terbaik (menerusi lagu P. Ramlee Saloma). 

Anda mungkin berminat dengan

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Must Watch Video

Advertisement