Skip to main content

Hiburan

“Saya Hormat Dengan Soalan, Sekali Lagi Saya Mohon Maaf” - Hael Husaini

Hael Husaini

Penyanyi, Hael Husaini enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan sudah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Dayang Nurfaizah Disember lalu.

Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi ketika ditemui media memohon maaf kerana sudah berjanji dengan penganjur hanya akan memberi ulasan mengenai produk dan majlis yang dia hadiri.

"Saya hormat dengan soalan anda tapi hari ini saya dah berjanji dengan Datuk Nana, hanya akan fokus pasal Amber saja.

“Sekali lagi saya mohon maaf,”katanya kepada Gempak. 

Hael ditemui media ketika menghadiri di Majlis Pertunjukkan Fesyen Amber Eid’S Times For Love.

Terdahulu, timbul spekulasi mendakwa Hael dan Dayang selamat melangsungkan majlis pernikahan pada Disember lalu.

Pasangan penyanyi itu juga pernah didakwa sudah mengikat tali pertunangan awal tahun lalu tetapi Hael menafikan dakwaan berkenaan.

Must-Watch Video

Advertisement