Skip to main content

Hiburan

“Sediakan Payung Sebelum Hujan, Beringat Kerana Tak Selamanya Kita Berada Di Atas” - Beto Kusyairy

Beto Kusyairy

Sekilas

  • Beto Kusyairy menasihatkan orang ramai supaya sentiasa bersedia dan berwaspada dalam kerjaya kerana populariti tidak kekal selamanya.
  • Pelakon itu menekankan pentingnya menjaga profesionalisme dan mengambil tanggungjawab sebagai anak seni.
  • Beto juga memilih untuk menjaga privasi dan tidak berkongsi hal peribadi di media sosial bagi mengekalkan keistimewaan dirinya.

Meskipun konflik yang berlaku di Timur Tengah sudah sedikit reda susulan perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui pihak Amerika Syarikat dan Iran namun, pelakon, Beto Kusyairy menyarankan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan sikap ‘sediakan payung sebelum hujan’.

Tambah pemilik nama NurKusyairy Zakuan Osman ini, sebagai seorang anak seni, mereka juga perlu menanamkan rasa tanggungjawab serta berwaspada kerana tidak akan selamanya berada di kemuncak kerjaya.

“Saya tak layak untuk memberi nasihat sebab saya sendiri pun tidak menganggap diri saya seorang yang senang.

“Tapi apa yang saya boleh nasihatkan, kita jaga dari sudut profesionalisme sebagai seorang pelakon, beringat kerana tak selamanya kita akan berada di sana (popular) bukan?

“Sampai masa mungkin orang tak perlukan kita lagi. Jadi kena beringatlah dengan apa-apa saja. Sediakan payung sebelum hujan, kita tak tahu apa yang akan berlaku.

“Saya tak boleh nak nasihat lebih. Masing-masing sudah besar, tahu nak buat apa, boleh fikir dan sudah dewasa,” katanya kepada Gempak.

Beto berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Libang Libu bertempat di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ditanya mengenai gaya hidupnya yang sederhana, pelakon filem Gayong 2 itu memaklumkan dia lebih memilih untuk menjaga privasi dan tidak terlalu menunjukkan hal peribadi di media sosial.

“Nama pun hal peribadi. Kalau semua benda saya kongsi, apa yang istimewa yang saya ada?

“Tak semua benda saya boleh kongsikan, terutama hal peribadi dan hal keluarga. Sebab itu pada saya sangat rahsia dan sangat istimewa.

“Jadi, hal itu istimewa untuk diri saya, bukan untuk orang lain. Kalau semua benda saya kongsi dah tak jadi istimewa untuk diri saya,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement